Semasa acara tahunan C2E2 yang berlangsung baru-baru ini, Marvel Comics telah melancarkan slot penerbitan komik untuk 2019 menerusi panel khas Marvel’s Next Big Thing.

Dihoskan oleh Ketua Editor, C.B. Cebulski bersama dengan beberapa pengkarya Marvel lain, panel itu mendapat perhatian ramai apabila ia mendedahkan secara rasmi terbitan-terbitan besar Marvel Comics sehingga hujung tahun.

Sejak dari itu, peminat dan pembaca komik telah digegarkan dengan kehadiran War of the Realms yang ditulis oleh Jason Aaron dan dilukis oleh Russell Dauterman, Absolute Carnage yang ditulis oleh Donny Cates dan dilukis oleh Ryan Stegman dan sudah tentunya yang paling besar adalah untuk siri komik X-Men dengan House of X dan Power of X yang ditulis oleh Jonathan Hickman dengan hasil gabungan padu pelukis Pepe Larraz dan R.B. Silva.

Setiap satu daripada jalan cerita dan siri epik ini bakal memperkenalkan peminat dengan banyak legasi baru dan implikasi mengejutkan untuk keseluruhan Marvel Comics yang pastinya menjanjikan kepuasan untuk kita semua!

WAR OF THE REALMS (APRIL 2019)

Bermula daripada bulan April, War of the Realms akan menyaksikan adiwira utama Marvel seperti Thor, Captain America, Iron Man, Spider-Man, Black Panther, Kapten Marvel serta ramai lagi berpadu tenaga dan kuasa demi menumbangkan angkatan perang Malekith yang mahu menakluki dunia setelah alam-alam lain berjaya ditawannya!

#Komen5KupangKuWar of the Realms bagi saya tidaklah sehebat atau seepik acara-acara besar Marvel Comics sebelum ini kerana ia hanya berputar disekeliling kisah Dewa-Dewi Mitos Marvel yang ada seperti bangsa Asgard, Gergasi Fros serta Dark Elves. Pada pendapat saya, acara ini tidak akan menyebabkan perubahan drastik kepada status quo dunia Marvel Comics sepertimana yang pernah berlaku selepas acara Civil War ataupun House of M.

HOUSE OF X | POWER OF X (JULAI 2019)

Manakala pada bulan Julai pula, House of X dan Power of X akan menandakan agenda dan lakaran legasi seterusnya dalam sejarah X-Men. Sejak pengenalan anggota superhero mutan tersebut oleh Stan Lee dan Jack Kirby lebih 50 tahun yang lalu, peminat di seluruh dunia telah mengikuti kisah luar biasa X-Men menerusi detik-detik seminal seperti Giant-Size X-Men, Dark Phoenix Saga, Age of Apocalypse dan New X-Men. Setiap momen ini memperkenalkan era baru untuk mereka dan bermula tahun ini, dunia akan mengalami perubahan besar berikutnya dalam sejarah X-Men.

#Komen5KupangKuHouse of X/Power of X mendapat sentuhan penulis tersohor, Jonathan Hickman. Dan ramai di antara kami yang pernah membaca dan menjadi pengikut setia Hickman tahu akan kemampuannya untuk mengubah dan mencipta sejarah besar di Marvel Comics.

Dengan acara-acara lampau yang epik seperti Ultimate Comics: The Ultimates, kepada Secret Wars yang mengubah sejarah Marvel Comics selamanya, serta Fantastic Four yang ‘dimatikan’ beberapa tahun yang lalu – kami percaya adiwira mutan X-Men akan lebih ampuh dengan sentuhan Hickman untuk mencipta jalan cerita yang lebih berani!

ABSOLUTE CARNAGE (OGOS 2019)

Dan untuk bulan Ogos, Marvel terus menggegar dengan Absolute Carnage yang sebenarnya mula hadir menerusi edisi Free Comic Book Day 2019 dengan judul Spider-Man/Venom #1 (di pasaran 5 Mei, 2019). Cletus Kasady nampaknya akan kembali semula dan kali ini lebih dahsyat daripada sebelumnya!

#Komen5KupangKuPada pendapat saya, Absolute Carnage hanya hadir sebagai pengubat rindu yang lama buat peminat tegar Spider-Man dan segala macam sejarah simbiotnya. Tidak banyak yang boleh diperkatakan setakat ini kerana masih belum terdapat maklumat sahih yang sempurna untuk dikongsikan.

0 Shares:
You May Also Like