Awal tahun ini, beberapa keping konsep seni untuk tujuan mempromosikan filem AVENGERS 4 tahun depan tertiris melalui sebuah pelantar digital di China.

Sejurus itu, kebanyakkan pihak berpendapat bahawa konsep seni yang tertiris tersebut adalah palsu.

Kini, konsep seni yang sama dalam versi ‘High Definition’ (HD) telah tertiris melalui MCU Wiki di Fandom.com – menonjolkan Professor Hulk yang berseragam penuh, Captain America yang tidak berjanggut dan Iron Man dalam perisai Mark 50-nya daripada AVENGERS: INFINITY WAR.

Filem AVENGERS 4 bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mei 2019.

#SoalanCepumas – Apakah perubahan watak terbesar yang anda harap akan ditonjolkan dalam AVENGERS 4 nanti?

Bincangkan.

#Avengers4 #Leaked #ConceptArt #MCU #BuzzPopTV

(Sumber: @MCUcosmic)

0 Shares:
You May Also Like