Pengarah tersohor dan penerbit buku indie, Amir Muhammad pulang ke persada perfileman tanahair semalam dengan pengumuman projek terbarunya – KUMAN PICTURES – sebuah kolektif pengarah-pengarah baru dan lama yang akan mengegarkan industri filem seram dan thriller di Malaysia dengan nukilan-nukilan kreatifnya.

Di sidang akhbar semalam, KUMAN PICTURES membentangkan manifesto kolektif ini serta mengumumkan tiga projek sulungnya untuk tahun 2019 – TWO SISTERS, ROH dan GHOST HOTEL.

Berasaskan pengalamannya menjayakan Buku Fixi serta azam mereka untuk menandingi kejayaan Blumhouse di Malaysia, kami di BuzzPopTV menunggu output KUMAN PICTURES dengan penuh harapan!

Temui mereka di ‘tosam’ (TOnton SAMa-sama) pertama KUMAN PICTURES pada hari Rabu, 26 September untuk menonton filem LANGSUIR di Petaling Jaya.

Dapatkan maklumat lanjut untuk sesi tosam pertama ini melalui e-mel kumanpictures@gmail.com dengan tajuk ‘NAK TOSAM’!

Majulah Filem Untuk Negara!

#KumanPictures #BlumhouseMalaysia #Horror #Thriller #BuzzPopTV

(Sumber: @KumanPictures)

0 Shares:
You May Also Like