Ahad, 14 April 2019: Kadangkala sidang media hanyalah sebuah sidang media biasa dengan protokol dan prosedur lazim.

Tetapi ia jarang sekali diadakan demi memberikan peringatan atau memorial kepada mereka yang “sudah pergi meninggakan kita”.

Pada hari Ahad lalu, sidang media sulung untuk filem AVENGERS: ENDGAME yang diadakan di Los Angeles mengingatkan kita betapa ramai adiwira-adiwira dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU ) telah terkorban dengan barisan ruang kerusi yang kosong dan tidak terisi.

“Avenge the Fallen”

Pengarah Anthony dan Joe Russo bersama bintang utama Brie Larson, Chris Evans, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Robert Downey Jr, Mark Ruffalo, Don Cheadle dan ramai lagi mengambil tempat mereka di dalam auditorium. Tetapi seperti yang anda lihat menerusi paparan video kami di bawah, separuh daripada kerusi telah dengan sengaja dibiarkan kosong untuk mewakili adiwira-adiwira yang ghaib di penghujung AVENGERS: INFINITY WAR tahun lalu.

Semestinya ia adalah satu gimik yang berkesan tetapi padu dalam meninggalkan impak kepada para hadirin.

Watak Harold “Happy” Hogan sendiri iaitu Jon Favreau telah muncul sebagai hos demi sidang media tersebut dan memberi penjelasan akan kekosongan tempat di hadapan auditorium panggung.

“Jelas sekali, keadaan sudah kelihatan berbeza sedikit di dalam dunia MCU selepas tamat Infiniy War,” jelasnya kepada pemberita.

“Ada beberapa ruang kerusi kosong dan anda sendiri tahu apakah sebabnya..”

Ia adalah peringatan yang ketara tentang betapa ramai adiwira-adiwira Avengers yang telah ghaib gara-gara tindakan Thanos.

“The grave course of events set in motion by Thanos that wiped out half the universe and fractured the Avengers ranks compels the remaining Avengers to take one final stand in Marvel Studios’ grand conclusion to twenty-two films, AVENGERS: ENDGAME.”

Sinopsis Filem AVENGERS: ENDGAME

Diarah oleh Anthony dan Joe Russo, filem ini menonjolkan pelakon-pelakon seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Don Cheadle, Paul Rudd, Brie Larson, Karen Gillan, Danai Gurira, Benedict Wong, Jon Favreau, Bradley Cooper, Gwyneth Paltrow dan Josh Brolin.

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like