#TriviaFilem – Bila Barisan Pelakon Trilogi THE LORD OF THE RINGS Bertemu Kembali Selepas 20 Tahun!

Reunited Apart THE LORD OF THE RINGS Cast Reunion

One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all. and in the darkness bind them.”

— J.R.R. Tolkein, THE LORD OF THE RINGS, (1954).

Pada hari Ahad lepas, barisan pelakon trilogi filem The Lord of the Rings (LotR) bertemu kembali di rancangan YouTube Reunited Apart yang dihoskan oleh pelakon Josh Gad (Frozen, Murder on the Orient Express)!

Reunited Apart: THE LORD OF THE RINGS Cast Reunion

20 tahun selepas filem The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring ditayangkan di pawagam seluruh dunia – pengarah Peter Jackson dan penulis Philippa Boyens menyertai sesi sembang epik ini untuk bercerita tentang pengalaman mereka disebalik tabir LotR:

  • 07:50 The Fellowship of the Ring Tattoos – Barisan pelakon The Lord of the Rings The Fellowship of the Rings mengkongsikan tatu yang mereka dapati di akhir sesi penggambaran trilogi filem epik ini.
  • 12:15 Aragorn Appears! – Pelakon Viggo Mortensen bercerita tentang pengalamannya menjadi pelakon terakhir di dalam The Fellowship of the Rings untuk menyertai produksi filem pertama LotR sebagai pengganti pelakon Stephen Townsend.
  • 14:45 Smeagol/Gollum Dynamic – Pelakon Andy Serkis mengkongsikan pengalamannya dengan teknologi motion capture serta inspirasinya untuk menjiwai watak digital Smeagol/Gollum!
The Lord of the Rings meme "One does not simply walk into Mordor!"
  • 32:45 “One does not simply walk into Mordor!” – Pengarah Peter Jackson mendedahkan situasi disebalik tabir The Council of Elrond ketika watak Boromir (lakonan Sean Bean) meluahkan kata-kata ikonik ini – yang kini menjadi meme popular di seluruh Internet!
  • 37:50 Iconic Themes of LotR – Komposer legenda Howard Shore bercerita tentang inspirasi disebalik tema-tema penting di dalam trilogi filem The Lord of the Rings daripada lagu tema The Shire dan The Fellowship kepada The Mines of Moria.
  • 40:50 LotR Trivia – Pengarah tersohor Taika Waititi mewawancara barisan pelakon LotR dengan beberapa soalan trivia disebalik tabir produksi The Lord of the Rings.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan francais The Lord of the Rings, pengarah Peter Jackson, serta siri YouTube Reunited Apart di:

Apakah pendapat anda tentang barisan pelakon The Lord of the Rings bertemu kembali di rancangan Reunited Apart?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like