New Mutants #98 oleh duo pengkarya komik legenda, Rob Liefeld dan Fabian Nicieza merupakan naskah komik bersejarah yang menampilkan kemunculan pertama Deadpool. Ia kini dinilai dengan tanda harga ratusan malah menghampiri ribuan dolar Amerika Syarikat. 

Dan kini dengan kehadiran komik bersiri mini enam isu – Major X #1, nampaknya pencipta dan pelukis Youngblood milik Image Comics itu sudah bikin hal lagi dengan satu gimik yang di luar jangkaan:

*SPOILERS!!!* Beliau telah ’copy+paste’ isu pertama tersebut dengan babak-babak daripada halaman asal di dalam komik New Mutants #98!

Dengan pendekatan pengembaraan masa dan multidimensi serta pengenalan versi terkini beberapa watak popular, karya terbaru yang bakal mengubah garis masa sejarah mutan Marvel itu dijangka menjadi perhatian untuk tempoh beberapa bulan mendatang (April-Jun 2019). Untuk mereka yang mengikuti perkembangan karier Rob Liefeld sejak hampir 30 tahun lalu, beliau memang bijak mengambil kesempatan pada setiap peluang mendatang. 

Mari kita lihat beberapa contoh halaman komik yang disebutkan itu tadi:

Daripada halaman komik NEW MUTANTS #98
Halaman baru di dalam komik MAJOR X #1 yang diinspirasikan NEW MUTANTS #98
Daripada halaman komik NEW MUTANTS #98
Halaman baru di dalam komik MAJOR X #1 yang diinspirasikan NEW MUTANTS #98
Daripada halaman komik NEW MUTANTS #98
Halaman baru di dalam komik MAJOR X #1 yang diinspirasikan NEW MUTANTS #98
Daripada halaman komik NEW MUTANTS #98
Halaman baru di dalam komik MAJOR X #1 yang diinspirasikan NEW MUTANTS #98

Para peminat dan pembaca pastinya akan terus membincangkan serta memperkatakan tentang Major X di masa-masa akan datang terutama sekali pada penghujung isu pertama apabila identiti sebenar watak tersebut telah didedahkan sebagai . . .

. . . anak Cable!

Atau nama penuh beliau Alexander Nathaniel Summers.

Sedikit trivia menarik di sini apabila peminat X-Men sudah sedia maklum bahawa dalam siri komik Extermination (2018) pada tahun lalu, watak Cable telah dibunuh oleh versi dirinya sendiri yang lebih muda iaitu Kid Cable!

#Komen5KupangKuKredit untuk Rob Liefeld kerana sekali lagi berani menghasilkan sesuatu yang berlainan dan berbeza tetapi dengan teknik yang sama, serupa dan sungguh senang.

Hahaha!

0 Shares:
You May Also Like