Pelakon Mark Ruffalo Bongkarkan Judul Dan Babak Daripada AVENGERS 4!

Laman media sosial gempar pagi tadi apabila tersebar ura-ura bahawa pelakon Mark Ruffalo bakal membongkarkan judul sebenar dan satu babak daripada AVENGERS 4 di ‘The Late Night Show With Jimmy Fallon’.

Namun, pihak Marvel Studios berjaya membanteras *SPOILERS* daripada merebak sebelum waktu yang sepatutunya menurut pelan Kevin Feige dan adik-beradik Russo – melalui penapisan rakaman tersebut dengan penambahan bunyi *Bleep!* pada setiap bahagian terbongkar.

#SoalanCepumas – Adakah ini sekadar permainan silap mata oleh Marvel Studios untuk menarik perhatian peminat tegar daripada treler terbaru AQUAMAN yang terbit semalam?

Atau adakah mulut becok Mark Ruffalo sememangnya tak dapat dibendung seperti biasa? Kerana mulut, badan binasa Mark…

Bincangkan.

#Avengers4 #Reveal #Title #MarkRuffalo #BuzzPopTV

(Sumber: The Late Night Show With Jimmy Fallon)

0 Shares:
You May Also Like