Treler Pertama Dan Treler Antarabangsa MIB INTERNATIONAL Tertiris!

Adakah anda ingat selama ini bahawa MEN IN BLACK hanya beroperasi di Amerika Syarikat?

Cuba teka sekali lagi, beb…kerana dunia MIB sesungguhnya lebih besar daripada Amerika Syarikat sahaja!

Sekuel ‘Men In Black 4’ yang berjudul MIB INTERNATIONAL ini adalah reboot untuk konsep MIB – membukanya ke cawangan di kebanyakan kota-kota besar di seluruh dunia – seperti London, Morocco, Naples dan New York.

Harapan studio ialah filem reboot ini bakal menjadi francais baru yang lebih berjaya daripada trilogi filem MIB yang asal.

https://youtu.be/5gW5kt1glFk

Sinopsis:
Chris Hemsworth memainkan watak Ejen H daripada London, manakala Tessa Thompson adalah Ejen M daripada New York – yang terpaksa berkerjasama membanteras anasir pembelot didalam agensi MIB antarabangsa.

Emma Thompson memainkan kembali watak Ejen O, satu-satunya watak daripada trilogi asal; manakala Liam Neeson adalah ketua MIB cawangan London.

Filem MIB INTERNATIONAL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 13 Jun 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang MIB INTERNATIONAL di www.buzzpop.tv!

#SoalanCepumas – Apakah pendapat anda sekiranya watak yang dimainkan oleh Liam Neeson adalah dalang yang sebenarnya disebalik pembelotan didalam agensi MIB antarabangsa?

Bincangkan.

#MIBInternational #OfficialTrailer #InternationalTrailer #Reboot #BuzzPopTV

(Sumber: @MenInBlack)

0 Shares:
You May Also Like