Para Pengarah Siri TV Disney+ MS. MARVEL Penuh Bakat Dan Penghormatan

MS. MARVEL Directors

“With great power comes great responsibility!”

— Uncle Ben, SPIDER-MAN, Marvel Comics.

Sabtu, 24 September 2020 – Disney telah mengumumkan barisan pengarah berwibawa bagi menjayakan produksi siri TV Disney+ MS. MARVEL – adiwira Muslim pertama di MCU!

1. PEMENANG 2 OSCARS & 6 EMMYS

Pengarah siri TV DIsney+ MS. MARVEL Sharmeen Obaid-Chinoy
Pengarah berbakat siri TV Disney+ MS. MARVEL – Sharmeen Obaid-Chinoy
  • PENGARAH PAKISTANI YANG UNGGUL Sharmeen Obaid-Chinoy merupakan pengarah kelahiran Pakistan yang pertama untuk memenangi anugerah Academy Awards (Oscars) – bagi dua dokumentari pendeknya Saving Face (2012) dan A Girl in the River: The Price of Forgiveness (2015).
    • Saving Face (2012) adalah dokumentari pendek tentang serangan asid keatas golongan wanita di Pakistan yang ketara sebagai gejala sosial.
    • A Girl in the River: The Price of Forgiveness (2015) pula merupakan dokumentari pendek yang menerokai impak cubaan pembunuhan kehormatan (“honor killing”) di Pakistan.
  • PEMBELA HAK ASASI WANITA – Pengarah kelahiran Pakistan yang menetap di Kanada ini juga telah memenangi enam Anugerah Emmys sepanjang kariernya – 2 bagi dua dokumentari pendek yang dinamakan di atas, serta empat daripada dokumentari pendek berjudul Pakistan’s Taliban Generation (2014) dan Frontline/World (2010).

2. PENGARAH BLOKBUSTER TERLARIS 2020

Pengarah siri TV Disney+ MS. MARVEL Adil Er Arbi & Bilall Fallah
Pengarah siri TV Disney+ MS. MARVEL – Bilall Fallah & Adil Er Arbi
  • BOX OFFICE CHAMPIONS – Duo pengarah Adil El Arbi dan Bilall Fallah telah berjaya menghidupkan semula francais Bad Boys yang berumur 25-tahun pada bulan Januari 2020 melalui filem Bad Boys For Life. Sekuel yang dibintangi pelakon Will Smith dan Martin Lawrence ini berjaya meraih US$425.6 juta di pasaran box office sedunia – memegang rekod filem Hollywood terlaris pada tahun 2020 – memandangkan wabak pandemik Covid-19 telah menyebabkan pawagam ditutup dan filem-filem blokbuster yang lain tertunda.
  • MUSLIM & PROUD – Duo pengarah Muslim ini merupakan generasi kedua Morocco yang dilahirkan dan membesar di Belgium, yang berjaya menembusi pasaran Hollywood dan ingin mengubah cara Muslim distereotaipkan di dalam media Barat. Selain daripada projek MS. MARVEL di saluran Disney+, mereka juga terlibat di dalam projek:
    • filem Beverly Hills Cop 4 di Netflix yang bakal dibintangi Eddie Murphy,
    • filem indie berkisarkan drama keluarga Muslim Moroccan yang berjudul Rebel.

3. PENGARAH TV VETERAN HOLLYWOOD

Pengarah siri TV Disney+ MS. MARVEL Meera Menon
Pengarah siri TV Disney+ MS. MARVEL – Meera Menon
  • POP CULTURE TV SERIES VETERAN – Meera Menon adalah pengarah berbangsa India yang menetap di Amerika Syarikat dan merupakan seorang veteran disebalik tabir pelbagai siri TV – mengarah episod bagi The Walking Dead, The Punisher, Titans, The Magicians, Man in the High Castle, GLOW dan Outlander.

Skrip MS. MARVEL bakal ditulis oleh Bisha K. Ali (Four Weddings and a Funeral, Sex Education) yang memfokuskan kepada watak Kamala Khan, seorang remaja keturunan Pakistan yang membesar di Amerika Syarikat. Adiwira daripada New Jersey ini mencipta rekod pada tahun 2014 sebagai watak Muslim pertama di Marvel Comics.

Kamala Khan a.k.a. MS. MARVEL juga bakal menjadi adiwira Muslim pertama di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) apabila siri TV Disney+ nya terbit pada tahun 2021 nanti. Ketua Marvel Studios, Kevin Feige telah mengesahkan bahawa selain daripada kaca TV, watak MS. MARVEL juga bakal terlibat di dalam filem-filem MCU PHASE 5 nanti!

Para pengarah siri TV Disney+ MS. MARVEL

#Komen5KupangKu – Ada segelintir kecil pembaca BuzzPop bertanya melalui laman media sosial kami sama ada pengarah-pengarah bagi siri TV Disney+ MS. MARVEL ini dipilih sekadar untuk memenuhi kriteria ‘Diversity & Inclusion’ yang semakin menular di Hollywood masa kini…ataupun adakah mereka betul-betul berhak memperolehi peluang ini?

Dengan 1 pemenang Oscars dan Emmys, 2 pemegang Box Office terlaris 2020 dan 1 pengarah veteran siri TV berdasarkan Pop Culture… Ko rasa diorang semua nih dapat ‘job’ berdasarkan meritokrasi ke sekadar tangkap muat sahaja?!

🤔

Produksi bagi siri TV Disney+ MS. MARVEL bakal dimulakan daripada bulan November 2020 sehinggalah bulan Mac 2021.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik MCU PHASE 4 di:

Apakah harapan anda untuk adaptasi live-action MS. MARVEL, adiwira Muslim pertama di MCU melalui servis penstriman Disney+ nanti? 🤔

Bincangkan.

(Sumber: @THR| http://bit.ly/3iJANa9)

1 Shares:
You May Also Like