#NYCC2018 – Treler Terbaru AQUAMAN Tertiris!

Arthur: “What could be greater than a King?”

Mera: “A Hero…”

Khas dari lantai konvensyen New York Comic-Con, treler terbaru AQUAMAN tertiris di NYCC 2018 – penuh aksi pengembaraan yang berwarna-warni selama 5 minit yang berakhir dengan menonjolkan Arthur Curry dalam seragam klasiknya dari halaman komik!

https://youtu.be/A4_08TRd_l0

Filem AQUAMAN bakal menemui anda di pawagam seluruh Malaysia pada 20 Disember 2018.

#Komen5KupangKu – Amat ketara sekali dengan treler lanjut ini bahawa pengarah James Wan betul-betul ingin peminat tegar DCEU untuk melupakan kegelapan dan kesuraman filem-filem sebelum ini – dan menyambut dunia adiwira DC yang menakjubkan!

Rekaan dunia Atlantis yang amat terperinci penuh dengan warna-warni bagaikan pelangi dan kepelbagaian hidupan bawah laut memberi kami di BuzzPopTV harapan bahawa AQUAMAN mungkin akan berjaya membawa penonton umum di panggung nanti.

Apakah harapan anda untuk filem ini?

Bincangkan.

#NewYorkComicCon #Aquaman #ExtendedTrailer #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: @TheDCUniverse)

0 Shares:
You May Also Like