Pengarah tersohor tempatan, Nam Ron mengeluh secara sarkastik di pelantar media sosialnya (Facebook dan Twitter) tempoh hari tentang penonton awam yang acapkali mencerca penerbit tempatan kerana menghasilkan filem berfomula – balik balik cerita cinta, komedi, hantu dan gangster sahaja.

Namun apabila hadirnya filem berjiwa rakyat yang cuba mengupas masalah sosioekonomi dan realiti hidup di bandar seperti filem ONE TWO JAGA….tiada pula penonton awam yang mahu memberi sokongan dengan berpusu-pusu memenuhi panggung.

Mulalah keluar alasan-alasan retorik seperti ONE TWO JAGA tak cukup pemasaran dikalangan khalayak ramai, tak cukup ‘pelakon wanita bakat-Instagram’ untuk menarik perhatian awam, dan lain-lain teori Brazil yang lemah logiknya serta penuh hipokrasi.

Filem ONE TWO JAGA kini di pawagam-pawagam terpilih seluruh Malaysia dari 6 September 2018 untuk jangka waktu satu minggu sahaja sekiranya kutipan minggu pertama ini tidak memberangsangkan.

#SoalanCepumas – Apa lagi penonton awam se-Malaysia mahu sebenarnya?!

Bincangkan.

#OneTwoJaga #NamRon #OpeningWeekend #MalaysianCinematicIndustry #BuzzPopTV

(Sumber: @_Nam_Ron_)

0 Shares:
You May Also Like