OSCARS 2020: Senarai Pemenang Penuh Anugerah Academy Awards 2020

Oscars 2020

“Thank you! I am ready to drink tonight…until next morning!”

— Bong Joon-ho, Pengarah, PARASITE, (2020).

Anugerah Academy Awards (Oscars) menutup tirai Musim Anugerah tahun ini di Hollywood, dimana tenaga kreatif di seluruh dunia berkumpul di Dolby Theatre, Hollywood untuk merayakan kejayaan filem-filem terbaik daripada tahun 2019. Ikuti senarai penuh pemenang untuk Oscars ke-92:

Filem PARASITE Menang Besar Di OSCARS 2020

PARASITE merupakan filem Korea pertama yang dicalonkan untuk anugerah OSCARS selama sejarah kewujudan 92-tahunnya di Hollywood. Walaupun PARASITE hanya menerima pencalonan bagi 6 kategori malam ini, ia merupakan pemenang terbesar dengan kemenangan di dalam 4 kategori:

  • Kategori Best Original Screenplay – Bong Joon-ho dan Han Jin Won
Oscars 2020 winner. Best Original Screenplay - Bong Joon-ho, Han Jin Won
Oscars 2020 winner. Best Original Screenplay - Bong Joon-ho, Han Jin Won
  • Kategori Best International Film
Oscars 2020 winner. Best International Feature Film
  • Kategori Best Director – Bong Joon-ho
Oscars 2020 winner. Best Director - Bong Joon-ho

Di dalam ucapannya untuk anugerah Best Director, pengarah Bong Joon-ho memberi penghargaan terbesar kepada pengarah legenda Martin Scorsese yang menjadi idolanya sejak awal kariernya sebagai seorang sutradara lagi, serta pengarah Quentin Tarantino yang selalu menyokong usaha awal Bong dengan mewar-warkan filem-filemnya kepada penonton di Amerika Syarikat sejak tahun 2006 lagi (THE HOST).

  • Kategori anugerah terulung Best Picture!
Oscars 2020 winner. Best Picture

PARASITE menempa sejarah di dalam 92 tahun kewujudan OSCARS di Hollywood, apabila ia menjadi filem bukan berbahasa Inggeris/filem asing yang pertama untuk menggondol anugerah Best Picture!

“It’s really fucking crazy!!!”
Cara bersahaja akaun Twitter PARASITE merayakan kemenangan besarnya di OSCARS 2020!

Filem Kegemaran Ramai Untuk Berjaya Di OSCARS 2020

Filem 1917 dengan pencalonan bagi 10 kategori adalah kegemaran ramai untuk menggondol pelbagai anugerah malam ini, namun ia hanya berjaya memenangi tiga anugerah:

  • Kategori Best Cinematography – Roger Deakins
Oscars 2020 winner. Best Cinematography - Roger Deakins
  • Kategori Best Visual Effects
Oscars 2020 winner. Best Visual Effects
  • Kategori Best Sound Mixing
Oscars 2020 winner. Best Sound Mixing

Harapan Tarantino Kecundang Di OSCARS 2020

Walaupun filem ONCE UPON A TIME IN HOLLYWOOD arahan sutradara Quentin Tarantino juga dicalonkan di dalam 10 kategori, namun ia hanya berjaya memenangi dua anugerah:

  • Kategori Best Supporting Actor – Brad Pitt.
Oscars 2020 winner. Best Supporting Actor - Brad Pitt
  • Kategori Best Production Design
Oscars 2020 winner. Best Production Design - Barbara Ling, Nancy Haigh

Kekalahan Terbesar Di OSCARS 2020

Filem yang menerima kekalahan terbesar malam ini adalah JOKER yang mendapat pencalonan terbanyak tahun ini (11 kategori), namun hanya berjaya memenangi dua anugerah:

  • Kategori Best Actor – Joaquin Phoenix
Oscars 2020 winner. Best Actor - Joaquin Phoenix
  • Kategori Best Music (Original Score) untuk komposer daripada Iceland, Hildur Guðnadóttir.
Oscars 2020 winner. Best Original Score - Hildur Guðnadóttir

Senarai Pemenang-Pemenang OSCARS 2020 Yang Lain:

Best Adapted Screenplay – Taika Waititi

Best Actress – Renee Zellweger, JUDY

Best Supporting Actress – Laura Dern, MARRIAGE STORY

Best Sound Editing – FORD V FERRARI

Best Best Film Editing – FORD V FERRARI

Best Costume Design – Jacqueline Durran, LITTLE WOMEN

Best Makeup and Hairstyling – BOMBSHELL

Best Music (Original Song) – “(I’m Gonna) Love Me Again”, ROCKETMAN

Best Animated Short Film – HAIR LOVE

Best Animated Feature Film – TOY STORY 4

Best Documentary Feature – AMERICAN FACTORY

Best Documentary Short Feature – LEARNING TO SKATEBOARD IN A WARZONE (IF YOU’RE A GIRL)

Best Live-Action Short Film – THE NEIGHBOR’S WINDOW

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik Musim Anugerah 2020 di:

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang pemenang-pemenang Oscars tahun ini? Adakah filem-filem yang anda minati berjaya memenangi Oscars seperti yang anda harapkan?

Bincangkan.

11 Shares:
You May Also Like