Pengarah Todd Phillips mengegarkan laman Instagram pagi ini apabila dia mengepos ujian kameranya (dengan bunyi) yang menonjolkan pelakon Joaquin Phoenix didalam mekap badut sarkas bagaikan watak JOKER !

Berlatarkan lagu berjudul ‘Laughing’ (1969) oleh kugiran rock Kanada daripada tahun 1965 bernama ‘The Guess Who‘ – liriknya menghantui benak anda sambil kamera memfokuskan secara perlahan-lahan keatas perwatakan Joaquin yang disinari bayangan badut secara rawak…

“I should laugh, but I cry
Because your love has passed me by
You took me by surprise
I didn’t realize that you were laughing…”

….sehingga akhirnya kelibat Joaquin Phoenix didalam mekap penuh badut sarkas terpampang di depan anda secara tiba-tiba!

#Komen2KupangKu – Penting untuk diingati bahawa ini sekadar ujian kamera dan bukannya visi terakhir Joker di layar perak.

Besar kemungkinan ini sekadar versi pertama yang digunakan watak Arthur Fleck/The Joker ketika dia mula berkecimpung didalam dunia jenayah di Gotham.

Mengapakah pengarah Todd Phillips menonjolkannya begitu awal?

Kerana produksi mungkin akan menjalankan penggambaran di hujung minggu ini atau minggu depan yang akan menggunakan mekap badut murahan ini – tanpa apa-apa konteks, ia akan mengundang lebih banyak kebencian daripada peminat tegar DC…

*cough* Starfire *cough* Titans *cough*!!!

#SoalanCepumas – Apakah pendapat anda tentang ujian kamera ini yang memberikan pandang pertama pelakon Joaquin Phoenix sebagai watak The Joker?

Bincangkan.

#Joker #CameraTest #FirstLook #ClownMakeup #BuzzPopTV

(Sumber: @toddphillips1)

0 Shares:
You May Also Like