Sejurus selepas pelakon Margot Robbie mentiriskan imej pertama dirinya sebagai watak Harley Quinn di laman Instagramnya semalam, pihak DC/WB mentularkan teaser acah untuk memperkenalkan barisan pelakon filem DCEU terbaru berjudul BIRDS OF PREY yang kini di dalam proses penggambaran di Hollywood bawah kelolaan pengarah indie, Cathy Yan!

BIRDS OF PREY Cast Teaser

#Komen5KupangKu – Ikhlas dikatakan, penulis agak terkejut dengan tona dan ‘vibe’ teaser acah ini. Tidak nampak seperti filem superhero heist langsung dan lebih macam muzik video kugiran Maroon 5 ada lah!

Namun, penulis percaya bahawa gerbang filem DCEU di bawah naungan penerbit berbakat Walter Hamada (THE CONJURING CINEMATIC UNIVERSE) selaku Presiden DC Films akan membawa nafas baru kepada dunia DCEU yang lesu sejak pemergian Zack Snyder sebagai arkiteknya.

Jelas kelihatan kejayaan AQUAMAN di pasaran box ofice sedunia adalah satu daripada percaturan Hamada yang balik modal – termasuk pemilihan pengarah-pengarah canggih dan ‘out of the box thinking’ untuk projek-projek DCEU seterusnya seperti David F. Sandberg untuk SHAZAM!, kepulangan Patty Jenkins untuk WONDER WOMAN 1984, Cathy Yan untuk BIRDS OF PREY dan Ava DuVernay untuk NEW GODS – yang akan membawa nafas baru kepada dunia DCEU!

Jom kita selidik barisan pelakon BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN) berdasarkan teaser acah diatas!

1. Margot Robbie memainkan watak Harleen Quinzel a.k.a. Harley Quinn!

Pelakon Margot Robbie sebagai Harley Quinn!

Selepas peristiwa di dalam filem SUICIDE SQUAD berakhir (di mana Joker merusuh penjara Belle Reve untuk membebaskan Harley Quinn), apakah yang akan menyebabkan Harley Quinn akhirnya bebas daripada anasir Mr. J? Apakah yang terjadi di dalam filem BIRDS OF PREY yang akan membenarkan watak Quinn melalui proses evolusi dan mencari kematangan untuk beraksi tanpa kekangan Mr. J?

2. Jurnee Smollett-Bell memainkan watak Dinah Laurel Lance a.k.a. Black Canary

Pelakon Jurnee Smollett-Bell sebagai Black Canary!

Dinah Laurel Lance (anak perempuan Dinah Drake Lance) ialah satu-satunya pengamal seni mempertahankan diri yang teragung di seluruh dunia dan mempunyai kelebihan ‘meta-human’ untuk melaungkan jeritan sonik sebagai sejenis serangan audio kepada pihak lawannya.

3. Mary Elizabeth Winstead memainkan watak Helena Rosa Bertinelli a.k.a. The Huntress

Pelakon Mary Elizabeth Winstead sebagai The Huntress!

Mula-mula diperkenalkan kepada peminat DC Comics melalui komik The Huntress lukisan Joey Cavalieri dan nukilan Joe Staton pada tahun 1989, Huntress ialah satu-satunya adiwira di Gotham yang paling kejam – kerana asal usulnya yang berbaurkan tragedi – menjadi anak yatim keluarga jenayah Bertinelli selepas seluruh keluarganya dibunuh di dalam peperangan kongsi gelap di Bandar Gotham.

Walaupun Helena ialah seorang pengamal seni mempertahankan diri yang cemerlang, dia amat mahir dengan senjata ‘crossbow’ yang digunakannya untuk membanters jenayah.

4. Rosa Perez memainkan watak Renee Maria Montoya a.k.a. The Question

Pelakon Rose Perez sebagai Renee Montoya!

Renee Montoya memulakan karier membanteras jenayah di Bandar Gotham sebagai seorang anggota polis yang kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi seorang detektif di G.C.P.D. Montoya kemudian mewarisi kuasa ‘The Question’, seorang adiwira yang menakutkan para jenayah dengan topeng muka yang kosong tanpa apa-apa ciri-ciri wajah.

Montoya juga watak DC Comics yang paling terkenal dikalangan pembaca LGBTQ sebagai seorang lesbian – yang pernah berpacaran dengan Kate Kane (Batwoman) di dalam halaman komik.

5. Ella Jay Basco memainkan watak Cassandra Cain a.k.a. Orphan

Pelakon Ella Jay Basco sebagai Cassandra Cain!

Cassandra Cain ialah seorang budak perempuan yang dibesarkan untuk menjadi pembunuh upahan terhebat di dunia – mampu membaca ‘bahasa badan’ seseorang bagaikan manusia biasa memahami dialek bahasa mengunakan deria pendengaran.

Di dalam halaman komik, Cassandra akhirnya mengambil identiti ‘Batgirl’ dan kemudiannya ‘Orphan’ . Di dalam filem ini, Cassandra menjadi sekeping catur yang dikehendaki oleh antagonis untuk kemahirannya dan perlu diselamatkan oleh anggota-anggota Birds of Prey !

6. Ewan MacGregor memainkan watak Roman Sionis a.k.a. Black Mask!

Pelakon Ewan MacGregor sebagai Black Mask!

Sebagai seorang kanak-kanak, Roman Sionis dijatuhkan oleh pengasuhnya secara tidak sengaja dibahagian kepalanya, dan kemudiannya diserang oleh seekor binatang liar. Malapetaka terus mengikuti Roman melalui proses pembesarannya kerana ibu bapanya yang lebih mementingkan reputasi mereka sebagai seorang elit di Bandar Gotham – menyebabkan diri dan kehendak emosinya diabaikan – sehingga dia matang dengan emosi yang tidak stabil.

Selepas menhancurkan syarikat kosmetik keluarganya dengan memasarkan produk baru yang berbahaya dan menghakis kulit beratus pelanggannya – serta disambar oleh petir di sebuah kawasan perkuburan – Roman Sionis menjadi gila, memakai topeng muka berwarna hitam dan memulakan kariernya sebagai seorang penjenayah di Bandar Gotham dengan nama – Black Mask.

7. Chris Messina memainkan watak Victor Zsasz a.k.a. Zsasz!

Pelakon Chris Messina sebagai Victor Zsasz!

Kisah sedih Victor Zsasz bermula dengan dirinya menjudikan kesemua harta yang dimiliki kerana menghidapi penyakit kemurungan yang berperingkat, sehinggakan dia mengalami gangguan mental ketika percubaan untuk membunuh diri – menyebabkan Zsasz akhirnya membunuh seorang miskin jalanan.

Zsasz melihatikan dunia ini sebagai suatu tempat yang penuh kesunyian dan kesepian dan berpikiran bahawa dia sebenarnya menolong mangsa-mangsanya untuk bebas daripada bebanan hidup ini untuk selama-lamanya! Oleh itu, dia suka memotong tengkuk mangsa-mangsanya dan meletakkan mayat-mayat mereka di dalam posisi yang gembira untuk menyambut kebebasan mereka daripada bebanan hidup.

Zsasz juga suka mengira bilangan mangsa-mangsa yang telah dibunuhnya dengan mengkelarkan satu garisan lurus di kulitnya dengan pisau – supaya senang untuk dicongak olehnya sebagai satu tanda kebanggaan!

#SoalanCepumas – Apakah pendapat anda tentang barisan pelakon
BIRDS OF PREY dan paparan mereka untuk watak-watak klasik DC Comics berdasarkan teaser acah ini?

Filem BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN) bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Februari 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang DCEU di www.buzzpop.tv!

(Sumber: @CheekySneakPeek)

0 Shares:
You May Also Like