Set Foto: Pandang Pertama Penjahat Prekuel BLACK WIDOW (2020)!

Filem pertama MCU Fasa Keempat, BLACK WIDOW kini sedang melakukan sesi penggambarannya di kota Budapest, Hungary dan kelibat seseorang yang sasa berperisai biru di atas kereta kebal mendapat liputan di laman media sosial semalam – kelihatan mengejar Black Widow yang memandu kereta.

Bagi pembaca yang kurang arif, siapakah TASKMASTER di dalam sejarah Marvel Comics dan apakah kuasa sebenarnnya? Siapakah yang pernah Taskmaster tentangi di dalam halaman komik Marvel sebelum ini? Pelajari tentang penjahat ini dengan lebih lanjut melalui video ringkas ini:

Dicipta oleh penulis Marvel Comics, David Michelinie dan artis tersohor George Pérez – Taskmaster ialah seorang penjahat klasik dari Marvel Comics yang boleh mereplikasikan skil pertempuran sesiapa sahaja yang dipandangnya. Watak ini mula tampil di dalam komik The Avengers #195 yang hadir dipasaran pada bulan Mei 1980.

Adakah sejarah Taskmaster sebagai seorang ejen S.H.I.E.L.D. yang belot juga berkaitan dengan pengalaman Natasha Romanov sebagai seorang Ejen S.H.I.E.L.D. di masa lampau? Inikah misi di Budapest yang diperkatakan oleh Black Widow kepada Hawkeye acap kali di dalam filem-filem AVENGERS setakat ini?

#SoalanCepumas – Adakah ini pandang pertama penjahat utama untuk filem prekuel BLACK WIDOW yang diura-urakan sebagai ‘Taskmaster’?

Awat sut perisainya hampeh bebenor bagaikan Blue Power Ranger yang direboot arituh? Apakah pendapat anda tentang sut perisai penjahat ini?

Bincangkan.

BlackWidow #SetPhotos #Budapest #Taskmaster #MCU #BuzzPopTV

(Sumber: Pelbagai)

0 Shares:
You May Also Like