Set Foto: Peta Bandar Gotham Dari Filem JOKER Tertiris!

Dirakam daripada set penggambaran JOKER ketika babak rusuhan di stesen keretapi bawah tanah bersama Joaquin Phoenix semalam, peta Bandar Gotham ini mempunyai banyak ‘Easter Eggs’ dan rujukan tersembunyi bagi peminat tegar mitos Batman dan DC Comics.

Jika anda selidik peta dibawah, kami percaya anda akan mengenali beberapa nama jalan dan kejiranan yang wujud dalam Bandar Gotham ini.

Antara nama-nama yang menarik adalah:

(1) Snyder District – satu penghormatan yang merujuk sama ada kepada Scott Snyder, penulis tersohor komik Batman ataupun pengarah berbakat Zack Snyder

(2) Prince Street – satu penghormatan yang merujuk kepada penyanyi legenda, Prince yang terlibat dengan album lagu filem BATMAN (1989)

(3) Wayne Avenue – satu penghormatan yang merujuk kepada Bruce Wayne dan sejarah keluarga Wayne yang berprestij di Bandar Gotham

(4) Jack Street – satu penghormatan yang merujuk kepada watak samseng Jack Napier, nama sebenar the Joker lakonan Jack Nicholson dalam filem BATMAN (1989)

(5) Berger Street – satu penghormatan yang merujuk kepada editor Karen Berger, kuasa kreatif disebalik penubuhan dan kejayaan sepanduk penerbitan komik DC dewasa matang – Vertigo Comics

(6) Kane County – satu penghormatan yang merujuk kepada Bob Kane, satu daripada pencipta watak Batman pada 1939

#SoalanCepumas – Apa lagi ‘Easter Eggs’ dan rujukan tersembunyi yang anda boleh jumpa dipeta Bandar Gotham tersebut?

Bincangkan.

Filem JOKER bakal menemui anda dipawagam seluruh Malaysia pada 4 Oktober 2019.

#Joker #SetPhoto #GothamCityMap #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: @UberKryptonian)

0 Shares:
You May Also Like