#POPLOL – Bila Set Penggambaran Jadi Destinasi Percutian!

Joker Stairs

Inilah padahnya apabila lokasi yang digunakan di dalam set penggambaran filem JOKER dipuja-pujakan oleh peminat tegar DC Comics sedunia… 🤣🤣🤣

Sepasang tangga ikonik di kota New York yang digunakan oleh pengarah Todd Phillips untuk memfilemkan babak ikonik yang melibatkan pelakon Joaquin Phoenix di penghujung filem kontroversial JOKER, kini telah diparodikan di laman Google Maps menjadi ‘JOKER STAIRS’ – sebuah destinasi ‘suci’ bagi peminat-peminat tegar filem ini.

Imbasan Google Maps

Komentar yang diberi oleh pemandu-pemandu pelancong tempatan juga amatlah kelakar kerana ia membayangkan filem JOKER bagaikan ia sebuah peristiwa yang benar!

Imbasan Google Maps
Imbasan Google Maps

Sekiranya anda cuba untuk melayari Google Maps dan mencari “Bronx Staircase” ataupun “Joker Stairs”, tidak mustahil sekiranya anda menjumpai alamat ini di kota New York dengan 220 Google Reviews memberi penarafan 5 bintang setakat ini:

Joker Stairs
1170 Shakespeare Ave, The Bronx,
NY 10452, United States
+1 818-659-8063
https://g.co/kgs/BALfLw

Kepada mereka yang berada di kota New York sekarang dan tinggal berdekatan dengan monumen ini, cuba ambil gambar selfie ataupun gambar berkumpulan beramai-ramai di tangga ‘bersejarah’ ini…

6 Shares:
You May Also Like