Untuk segmen #POPQuote hari ini, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Harijadi yang ke-62 kepada penulis komik tersohor, FRANK MILLER yang menyambutnya semalam pada hari Ahad, bersamaan 27 Januari 2019!


Bagi pembaca BuzzPOP yang tidak arif, Frank Miller ialah seorang penulis tersohor yang merevolusikan industri komik Amerika Syarikat untuk selama-lamanya pada tahun 1986 dengan warkahnya berjudul THE DARK KNIGHT RETURNS di DC Comics – yang membawa era penulisan realistik dan matang, atau lebih dikenali sebagai ‘grim and gritty’ kepada dunia komik!

Selain daripada itu, Miller juga terkenal dengan arka cerita komik-komik lain yang ditulis dan kadang-kadang dilukis juga olehnya sendiri seperti RONIN, DAREDEVIL: MAN WITHOUT FEAR, BATMAN: YEAR ONE, DAREDEVIL: BORN AGAIN, 300 dan SIN CITY. Di pertengahan abad 2000, Miller akhirnya menceburi diri di dalam bidang perfileman Hollywood sebagai seorang penulis skrip, pelakon dan pengarah melalui projek-projek seperti THE SPIRIT dan SIN CITY: A DAME TO KILL FOR.

#SoalanCepumas – Apakah komik nukilan legenda Frank Miller yang anda paling minati?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like