Di dalam babak pembukaan filem pertama Quentin Tarantino, RESERVOIR DOGS (1993), anda boleh perhatikan bahawa Mr. Pink mula berasa resah kerana kopinya tidak diisi semula oleh pelayan diner di mana kumpulan perompak ini sedang bersarapan.

Ini diikuti dengan monolog legenda oleh pelakon Steve Buscemi yang melakonkan watak Mr. Pink tentang pendapatnya berkaitan amalan memberi tip di Amerika Syarikat kepada pekerja di dalam industri servis.

Hanya dengan babak pembukaan filem ini sahaja, penulis-pengarah-pelakon Quentin Tarantino telah berjaya menonjolkan bakatnya untuk menulis skrip yang realistik – dengan perbualan yang berlapik-lapik serta perbincangan ulang-alik di antara watak-watak bagaikan cara normal kita bertutur di dalam kehidupan.

Kebanyakkan ‘visual cues’ yang berlaku di dalam 8 minit pertama ini sebenarnya memberi petunjuk kepada peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku di dalam filem ini. Penulis mengesyorkan anda menonton filem RESERVOIR DOGS (1993) sepenuhnya jika anda masih belum menikmati karya pertama penulis-pengarah-pelakon Quentin Tarantino!

0 Shares:
You May Also Like