“There are multiple realities, Peter. This is Earth Dimension 616. I’m from Earth-833…”

Quentin Beck a.k.a. Mysterio, SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

Sekiranya anda satu daripada mereka yang menggaru kepala penuh kekeliruan apabila mendengar dialog ini dituturkan oleh watak Mysterio di dalam filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME, kami ucapkan tahniah(!) kerana anda satu-satunya daripada segelintir peminat tegar Marvel Comics yang perasan bahawa Mysterio a.k.a. Quentin Beck menipu kesemua penonton sejak babak awal sekuel Spidey yang ditunggu ramai ini lagi.

Seperti yang diakui oleh pengarah Jon Watts ketika wawancara podcast ReelBlend bersama krew CinemaBlend.com, sememangnya Earth-616 tidak wujud di dalam semesta sinematik MCU kerana ia adalah Earth 199,999 – sejenis ‘Easter Egg’ bagi peminat tegar MCU yang mengikuti perkembangan 23 filem Marvel Studios selama 11 tahun berturut-turut sejak filem IRON MAN (2008) lagi.

Mysterio: Menangguk Di Air Keruh.

Hujah yang digunakan oleh pengarah Jon Watts untuk mensimenkan metodologi pemikiran Mysterio di dalam sekuel Spidey ini, adalah berdasarkan peristiwa-peristiwa di luar tabii yang berlaku di dalam filem AVENGERS: INFINITY WAR dan AVENGERS: ENDGAME – seperti segerombolan makhluk asing menyerang bumi (Thanos), separuh daripada duniawi kehilangan sebegitu sahaja tanpa penjelasan, dan adiwira dunia (Avengers) menggunakan pengembaraan masa untuk menyelamatkan keadaan kembali!

“So many crazy things happen in AVENGERS: ENDGAME, like half of the population disappears and Thanos invades Earth and time travel is possible. So, like the fact that people would just believe what his [Mysterio] view is, like, lies about the multi-verse makes sense to me.

It’s like the world is SO crazy that like why wouldn’t you believe it?”

Jon Watts, Pengarah SPIDER-MAN: FAR FROM HOME

Earth-616 Vs. Earth-199,999

Untuk pembaca yang tidak arif, yang masih keliru tentang perbandingan diantara Earth-616 (semesta Marvel Comics) dengan Earth-199,999 (semesta MCU), tonton video penjelasan pendek yang di hasilkan oleh pihak @Insider di bawah – untuk memahami apakah kelainan diantara kedua-duanya dan sejarah realiti alternatif yang sudah lama wujud di dalam halaman Marvel Comics selama 80 tahun penerbitannya di pasaran komik Amerika Syarikat:

SPIDER-MAN: FAR FROM HOME – Earth 616?!

#BuzzPOP! // SPIDER-MAN: FAR FROM HOME – Earth 616?!Bagaimana Marvel Multiverse Mengubah MCU!Klip-klip eksklusif daripada rancangan Kimmel dan Ellen menonjolkan dua babak daripada filem SPIDER-MAN: FAR FROM HOME – terutamanya pengenalan Semesta Sinematik Marvel (MCU) sebagai Earth 616 dan kewujudan Marvel Multiverse.Persoalan utamanya adalah pemahaman umum bahawa selama 11 tahun dan 22 filem:MCU = Earth 19,9999Marvel Comics = Earth 616Oleh itu mengapakah selepas AVENGERS: ENDGAME, filem ke-23 Marvel Studios menganggap MCU sebagai Earth 616 dan bukannya Earth 19,9999?Bincangkan. #SpiderMan #FarFromHome #MCU #Multiverse #BuzzPopTV(Sumber: @Kimmel, @Ellen, @Insider)

Posted by BuzzPOP on Saturday, May 11, 2019

#SoalanCepumas

Adakah anda satu daripada ramai penonton SPIDER-MAN: FAR FROM HOME yang ternganga penuh kekaguman apabila Mysterio mendedahkan pelan sebenarnya? Atau adakah anda seorang peminat tegar Marvel Comics yang tidak termakan dengan tipu daya tahap kanak-kanak oleh Mysterio sejak awal lagi?

Bincangkan.

#SpiderMan #FarFromHome #MysterioLies #Earth616 #MCU #MarvelStudios #BuzzPopTV

(Sumber: @CinemaBlend.com)

0 Shares:
You May Also Like