Rumusan:

  • Legendary Comics bakal terbitkan dua komik prekuel untuk filem Godzilla Vs Kong.
  • Godzilla Vs Kong: Kingdom Kong oleh penulis Marie Anello dan artis Malaysia, Zid.
  • Godzilla Vs Kong: Godzilla Dominion oleh penulis Greg Keyes dan artis Drew Johnson.
  • Kedua komik prekuel ini mengandungi 96-muka surat dan berharga US$16.99.
  • Dapatkan komik prekuel Godzilla Vs Kong di pasaran mulai 30 Mac 2021.

Prekuel Godzilla Vs Kong

Demam Godzilla Vs Kong kian membara!

Sempena terbitnya filem GODZILLA VS KONG (GVK) pada bulan Mac 2021 nanti, cabang penerbitan syarikat Legendary PicturesLEGENDARY COMICS – bakal menerbitkan dua komik prekuel berbentuk novel grafik, GVK: KINGDOM KONG dan GVK: GODZILLA DOMINION.

Kedua-dua novel grafik GVK: Godzilla Dominion serta GVK: Kingdom Kong akan mengandungi 96-muka surat dan dijual di pasaran antarabangsa dengan harga US$16.99 (RM68++).

Apakah peristiwa-peristiwa lampau tentang Godzilla dan King Kong yang dibangkitkan? Jom belek sinopsis kedua novel grafik ini!

GVK: Kingdom Kong

Seiring dengan filem Kong: Skull Island (2017) ditayangkan di pawagam sedunia, Legendary Pictures telah menerbitkan sebuah novel grafik berjudul Skull Island: The Birth Of Kong (April 2017) melalui cabang penerbitannya, Legendary Comics – untuk menerokai asal-usul gorilla raksaksa ini.

Kini pelukis komik Malaysia, Zid kembali untuk berkerjasama dengan penulis Marie Anello bagi menerokai bab terbaru di dalam legenda Kong yang bakal menjawab persoalan utama:

“Bagaimana dan mengapakah Kong tumbuh secara mendadak sehingga sebesar Godzilla dalam filem Godzilla Vs Kong?”

“A sequel to the graphic novel SKULL ISLAND: THE BIRTH OF KONG, and a prelude to the film GODZILLA VS KONG; the upcoming Kong prequel graphic novel will follow a group of highly skilled military pilots gathered together on Skull Island to see who has ‘the right stuff’ to take on a dangerous mission into the hollow earth. One of the pilots, Audrey, is haunted by the memories of a monstrous clash with one of Godzilla’s titanic rivals that left deep scars.

When Skull Island is attacked by CAMAMOTZ, a bat-like Titan, Audrey must to come to terms with her inner demons, and finding his home newly threatened, Kong must rise to face this usurper that would plunge the world into perpetual night!”

Sinopsis Komik GVK: KINGDOM KONG

GVK: Godzilla Dominion

Legendary Comics telah menerbitkan dua novel grafik tentang Godzilla setakat ini.

Komik Godzilla Awakening (Mei 2014) oleh penulis Max Borenstein (Godzilla, Kong: Skull Island) mengisahkan tentang asal-usul Kaiju gergasi ini pada fajar Zaman Atomik, berdekad-dekad sebelum peristiwa di dalam filem reboot Godzilla (2014).

Manakala komik Godzilla Aftershock (Mei 2019) oleh penulis Arvid Nelson (Skull Island: The Birth Of Kong) dan kartunis Drew Johnson pula, merupakan prekuel kepada filem Godzilla: King of the Monsters (2019).

Kini pelukis Drew Johnson kembali untuk berkerjasama dengan penulis Greg Keyes bagi menerokai persoalan utama:

“Apakah yang berlaku kepada Godzilla selepas dia mengumumkan dirinya Raja Segala Raksaksa di penghujung filem 2019?”

“A unique story that picks up after the events of the film GODZILLA: KING OF THE MONSTERS, where the Titans have risen and the reign of Godzilla has begun.

As told entirely from Godzilla’s point of view, the graphic novel brings new insights into the King of Monsters: his habitats, ancient rivalries, challenges, and encounters with new Titans. As his new era of dominance is tested, a coming confrontation with another King looms!”

Sinopsis Komik GVK: GODZILLA DOMINION

Poster & Sinopsis Godzilla Vs Kong

“Legends collide in GODZILLA VS KONG as these mythic adversaries meet in a spectacular battle for the ages, with the fate of the world hanging in the balance.

Kong and his protectors undertake a perilous journey to find his true home, and with them is Jia, a young orphaned girl with whom he has formed a unique and powerful bond. But they unexpectedly find themselves in the path of an enraged Godzilla, cutting a swath of destruction across the globe.

The epic clash between the two titans, instigated by unseen forces, is only the beginning of the mystery that lies deep within the core of the Earth.”

Sinopsis Filem GODZILLA VS KONG

Dapatkan naskah novel grafik GVK: KINGDOM KONG dan GVK: GODZILLA DOMINION di toko buku komik The Last Comic Shop ataupun Kinokuniya mulai 30 Mac 2021 nanti!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari pos-pos kami yang lain berkaitan dengan GODZILLA VS KONG di:

Apakah yang anda harap bakal ditonjolkan oleh artis Malaysia, ZID di dalam novel grafik GODZILLA VS KONG: KINGDOM KONG nanti?

Bincangkan.

(@LegendaryComics| http://ow.ly/9IgJ50DkddQ)

#GodzillaVsKong #PrequelComics #LegendaryComics

1 Shares:
You May Also Like