Untuk peminat tegar GAME OF THRONES yang baru sahaja menonton episod terakhir siri TV ini semalam, jangan khuatir kerana siri TV prekuelnya yang menggunakan kod nama#BLOODMOON telah pun memulakan sesi penggambarannya tiga minggu lepas di set filem terbesar di Belfast, Northern Ireland – yang sebelum ini menjadi tapak untuk mengfilemkan The Battle of Winterfell.

Pelakon Naomi Watts akan menjadi pelakon utama untuk siri prekuel ini, sebagai seorang sosialista penuh karisma yang mempunyai suatu rahsia yang gelap. Siri TV prekuel #BLOODMOON yang berlaku 5,000 tahun sebelum peristiwa-peristiwa di dalam siri TV GAME OF THRONES – mengisahkan tentang puak The First Men yang mula-mula berhijrah ke kepulauan Westeros 12,000 tahun dahulu dan perang mereka dengan penduduk asal kepulauan Westeros – The Children Of The Forest.

Adakah kita akan akhirnya mempelajari dengan lebih lanjut tentang identiti sebenar The Night King – dan mengapa The Children Of The Forest menciptanya 10,000 tahun dahulu? Adakah peristiwa The Long Night akan ditonjolkan di dalam siri TV prekuel ini nanti?

Adakah kita juga akan akhirnya dapat melihat ‘The Golden Age of Heroes’ dan asal-usul pengasas rumah-rumah yang ternama di Westeros ketika zaman GAME OF THRONES – seperti Bran the Builder yang mengasaskan House Stark dengan pembinaan The Wall serta Winterfell, ataupun Lanni the Trickster yang mengasaskan House Lannister?

Untuk pembaca yang tidak arif, projek siri TV prekuel #BLOODMOON ini adalah satu daripada tiga siri TV yang berkaitan dengan dunia GAME OF THRONES yang sedang diusahakan di sebalik tabir saluran HBO sekarang. Ketiga-tiga projek ini adalah prekuel dan bukannya ‘spinoff’ ataupun sekuel kepada siri asal GAME OF THRONES.

Penulis siri novel asal, THE SONG OF ICE AND FIRE George R.R. Martin menegaskan bahawa tiada seorang pun daripada barisan pelakon GAME OF THRONES akan terlibat di dalam siri TV prekuel ini kerana jarak peristiwa ini beribu-ribu tahun!

“Thrones fans will be delighted to hear things have started with the prequel. Those working on the set in Belfast are referring to the series as Bloodmoon.

Producers have put together a stellar cast and it will be must-watch telly for anyone who loves Game Of Thrones.”

Sumber yang tidak dinamakan, DailyMail.co.uk

Projek siri TV prekuel #BLOODMOON dicipta oleh penulis legenda George R.R. Martin dengan gandingan penulis skrip berbakat Jane Goldman (Stardust, X-Men First Class, Kingsman). Martin dan Goldman berganding bahu menulis cerita ini berdasarkan cebisan-cebisan zaman awal kepulauan Westeros ini daripada siri novel THE SONG OF ICE AND FIRE yang menjadi inspirasi untuk siri TV GAME OF THRONES. Berdasarkan cerita tersebut, Goldman akan mengadaptasikannya menjadi skrip serta merangkap peranan sebagai penerbit eksekutif dan ‘showrunner’.

Siri TV #BLOODMOON bakal menemui anda melalui saluran HBO nanti pada tahun 2020/2021.


0 Shares:
You May Also Like