Mulai bulan ini, DC Comics akan memulakan siri mini 6-isu terbaru yang bertemakan zombi daripada penulis Injustice, Tom Taylor yang bakal menyaksikan keseluruhan Semesta DC Comics menghadapi serangan virus zombi yang maha dahsyat!

Dengan judul DCeased, hari ini kita dapat menyaksikan previu isu pertama komik tersebut yang terbit minggu lepas beserta dengan beberapa kaver varian eksklusif yang diinspirasikan daripada filem-filem seram popular Hollywood. Antara paling menarik perhatian adalah ilustrasi yang diilhami daripada filem klasik seperti ITA Nightmare on Elm Street dan The Nun selain kaver varian lain yang sama hebat.

Ilustrator dan pelukis komik muda asal Indonesia yang sedang mencipta nama di kala ini, Yasmine Putri telah menghasilkan tiga kaver varian tersebut dengan sinopsis rasmi cerita di bawah:

“A mysterious techno-virus has been released on Earth, infecting 600 million people and turning them instantly into violent, monstrous engines of destruction. The heroes of the DCU are caught completely unprepared for a pandemic of this magnitude and struggle to save their loved ones first.. but what happens to the World’s Greatest Heroes if the world ends?

Sinopsis Siri Mini Komik 6-Isu DCEASED.

Ikuti previu 5 muka surat pertama daripada komik DCEASED #1 di bawah:

New York Times best-selling writer Tom Taylor (INJUSTICE) returns with a terrifying new tale and is joined by artists Trevor Hairsine (LEGENDS OF THE DARK KNIGHT) and Stefano Gaudiano (THE WALKING DEAD)”

0 Shares:
You May Also Like