24-jam selepas pengumuman oleh Warner Bros (WB) bahawa pengarah James Gunn ditawarkan peluang untuk menulis dan mengarah SUICIDE SQUAD 2, warga GUARDIANS OF THE GALAXY dan pengarah asal SUICIDE SQUAD memberi reaksi mereka kepada berita ini.

Berdasarkan tweet dari pengarah David Ayer, nampaknya dia memberi berkat kepada James Gunn untuk mengambil alih daripadanya bagi menjayakan SUICIDE SQUAD 2.

Selepas pengalaman buruk Ayer di DCEU/WB kerana tidak dibenarkan untuk menyentuh atau membentuk edit terakhir filem SUICIDE SQUAD yang ditayangkan di pawagam seluruh dunia – mungkinkah Ayer berharap Gunn akan lebih bernasib baik daripadanya?

Reaksi penyokong tegar James Gunn daripada hari pertama dia dipecat oleh Marvel Studios lagi – Dave Bautista – amat setia sekali kerana Bautista kelihatan beriya-iya ingin terlibat dengan projek SUICIDE SQUAD 2.

Dengan GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3 kini dalam keadaan limbo, mungkinkah kita bakal menonton Bautista sebagai Bane dalam SUICIDE SQUAD 2?

Reaksi adik kepada James Gunn pula, Sean Gunn adalah yang paling comel sekali!

Untuk pembaca yang tidak arif, Sean Gunn ialah satu daripada ‘good luck charm’ abang sulungnya, yang akan berlakon dalam kesemua filem arahan James Gunn – dari dahulu sehingga sekarang.

Watak apakah yang bakal dilakonkan oleh Sean Gunn dalam SUICIDE SQUAD 2 nanti?

#SuicideSquad #JamesGunn #Reaction #WorldsOfDC #BuzzPopTV

(Sumber: Pelbagai)

0 Shares:
You May Also Like