1.

Sekiranya anda peminat filem-filem yang berputar sekitar dunia underworld dan organized crime seperti Scarface (1983), Young and Dangerous (1995-2013), God of Gamblers (1989-2016), Godfather (1972-1990) malah Narcos (2015-2017); pastikan anda tonton filem ini seberapa segera yang mungkin kerana rujukan kepada semua naskah di atas adalah amat ketara sekali. Dengan tajuk asal King of Drug Dealers, ada sebab dan motif lebih rasional kenapa akhirnya ia berjudul Chasing the Dragon!

2.

Watak Lee Rock lakonan Andy Lau pernah muncul dalam dua buah filem solonya sebelum ini: Lee Rock dan Lee Rock II pada tahun sama. Lebih trivial, filem ini juga sebenarnya adalah remake kepada filem To Be Number One yang juga ditayangkan secara rasmi seluruh dunia pada tahun 1991!

3.

Sekiranya anda menunggu babak-babak tarung dan tempur spektakular yang biasa dipersembahkan oleh Donnie Yen dalam filem-filemnya sebelum ini seperti trilogi Ip Man (2008-2015), Legend of the Fist (2010), Flashpoint (2007) dan Dragon Tiger Gate (2006); benamkanlah sahaja hajat itu. Anda boleh letakkan penghormatan yang baru buat Donnie Yen kerana fokus kita kali ini adalah julat lakonan serta pembawakan perwatakan hebat yang semakin lama semakin mengagumkan dan tidak tersangka daripada beliau. Serius. MENGAGUMKAN.

4.

Moral kepada keseluruhan kisah ini terlalu kompleks. Kerana apa? Kerana ia diinspirasikan kisah benar seorang individu yang berhijrah ke tempat baru dan sanggup melakukan apa sahaja demi maruah dan harga diri. Namun apa pun kebaikan yang kita lakukan, niat sentiasa tidak menghalalkan cara. Tetapi apakah falsafah sebenar yang terselindung dan tersirat di sebalik kata-kata “Hidup, mati, miskin atau kaya.. ia semua telah ditakdirkan”. Filem ini ada jawapan-jawapan baharu untuk mereka yang rajin mengupas dan membaca mesej yang ingin disampaikan.

Mungkin ada kawasan kelabu (gray area) untuk itu.

5.

Sentimen. Semangat. Prinsip. Politik. Nostalgia. Drama realiti. Semua yang diharapkan untuk filem seumpama ini hadir tepat masanya kerana banyak menghadiahkan kita ulasan sosial (social commentary) tentang keadaan dunia semasa yang sedang keras berlaku sekarang ini.

6.

Babak aksi dalam filem ini adalah mentah (raw). Tiada jurus kung fu yang jelas, tiada buah wing chun yang nyata. Seperti mana-mana filem bercorak gangster Hong Kong yang lain, tiada masa untuk berbuah bunga apabila berhadapan bahaya!

7.

Tahap rujukan, kajian dan pembinaan dunia (world building) pada sepanjang filem ini berlangsung amat menakjubkan dengan set praktikal dan penggunan CGI yang minimal. Dari prop ke busana ke lokasi sehinggalah dialek dan dialog; setiap inci dan butiran yang anda lihat akan membuatkan anda mahu lebih banyak filem seperti ini dihasilkan.

RATING: 5/5 BINTANG!

0 Shares:
You May Also Like