“The heart of the FAST & FURIOUS franchise has always been — and will always be — family, and it brings me so much joy that our extended family will be with us to help celebrate the launch of this chapter!”

— Vin Diesel, FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA, (Jan 2020).

Untuk menyambut sekuel terbaru kepada francais ikonik FAST & FURIOUS, studio Universal Pictures menghoskan acara THE ROAD TO F9 pada 31 January 2020 di Miami, Florida – lokasi Super Bowl hujung minggu ini. Selain daripada tayangan perdana treler rasmi FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA, acara ini juga menonjolkan konsert yang dipenuhi dengan artis-artis superstar bertaraf antarabangsa!

  • Laman media sosial gempar awal minggu ini apabila treler acah bagi filem FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA tular – berjudul “THINGS CHANGE” yang memaparkan sebuah babak penuh emosi di antara Dom Toretto, anak cilik Brian O’ Conner serta kepulangan Letty ke francais FAST SAGA!
Treler Acah FAST & FURIOUS 9
  • Treler acah FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA diikuti dengan pentularan poster acah bagi sekuel francais FAST SAGA yang ditunggu-tunggu ramai peminat tegar. Penting untuk difahami bahawa rantai kepunyaan Brian O’Conner (lakonan mendiang Paul Walker) menjadi fokus utama untuk poster acah ini. Adakah ini menyimbolkan kehadiran anak Brian di dalam F9?
Poster Acah F9
  • Acara THE ROAD TO F9 menonjolkan persembahan konsert eksklusif daripada artis-artis superstar seperti Cardi B, Wiz Khalifa & Charlie Puth, Ozuna serta Ludacris — bersama pelakon Tyrese Gibson dan selebriti Maria Menounos sebagai pengacara majlis.
The Road To FAST 9 Concert & Trailer Drop
  • THE ROAD TO F9 juga memaparkan penampilan khas oleh Bapa FAST SAGA Vin Diesel, pengarah aksi tersohor Justin Lin, serta bintang-bintang francais FAST & FURIOUS seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel dan tambahan terbaru John Cena!
Treler Rasmi FAST & FURIOUS 9!
  • #Komen5KupangKuTak putus-putus kejutan yang diberikan di dalam treler rasmi FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA ini – daripada pendedahan bahawa watak yang dimainkan oleh pelakon John Cena adalah adik Dom Toretto(!); kepada kereta lumba berenjin roket dan kapal terbang ‘bermagnet’(!); serta kepulangan watak Han kepada francais FAST SAGA!!! 🤯🤯🤯

Poster Watak-Watak FAST & FURIOUS 9

Poster Watak F9 - Vin Diesel
Poster Watak F9 - Michelle Rodriguez
Poster Watak F9 - Ludacris
Poster Watak F9 - Nathalie Emmanuel
Poster Watak F9 - Tyrese Gibson
Poster Watak F9 - Jordana Brewster
Poster Watak F9 - John Cena

#Komen5KupangKuDengan asap yang berwarna-warni disebalik setiap watak, ‘vibe’ untuk poster watak-watak FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA ini mengingatkan penulis kepada poster watak-watak bagi filem THOR: RAGNAROK doh! 😂

Poster Dan Sinopsis FAST & FURIOUS 9

Poster Berkumpulan F9

The ninth chapter in the more than $5 billion FAST & FURIOUS franchise sees the return of stars Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Charlize Theron and Helen Mirren – directed by Justin Lin. The film opens in cinemas worldwide on 21 May 2020.

Sinopsis Filem FAST & FURIOUS 9

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan francais FAST & FURIOUS di:

Filem FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA bakal disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Mei 2020.

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang pendedahan bahawa John Cena bakal memainkan watak sebagai adik Dom Toretto? Serta kepulangan Han kepada francais FAST & FURIOUS melalui filem FAST & FURIOUS 9: THE FAST SAGA nanti?

Bincangkan.

4 Shares:
You May Also Like