Seperti King Arthur, kisah adiwira Robin Hood adalah sesuatu yang sudah diadaptasikan berkali-kali di Hollywood – daripada versi legenda lakonan Errol Flynn pada 1938 (The Adventures of Robin Hood); kepada versi ‘power-ballad’ Kevin Costner pada 1991 (Robin Hood: Prince of Thieves); kepada versi dramatik Russel Crowe dan pengarah Ridley Scott pada 2010 (Robin Hood).

Setiap era mempunyai adaptasi Robinnya yang tersendiri dan cerita legenda ini mengambil norma pada era tersebut untuk menjadi cermin kepada masyarakat zaman itu.

Kini pelakon Taron ‘Kingsman’ Eggerton dan Jamie Foxx menyandang watak Robin Hood dan Little John bagi tahun 2018 – dan berdasarkan featurette ini, ROBIN HOOD kali ini akan lebih beraksi dan kinetik daripada adaptasi-adaptasi sebelum ini.

Di pawagam seluruh Malaysia pada 22 November 2018.

#SoalanCepumas – Di dalam zaman demam superhero dan era ‘Cinematic Universe’ ini, adakah legenda-legenda awal (superhero dahulu kala) seperti Robin Hood masih relevan?

Contohnya, adaptasi KING ARTHUR: LEGEND OF THE SWORD oleh pengarah tersohor Guy Ritchie tahun lepas tidak berjaya di kutipan box office sedunia langsung…Adakah dunia zaman sekarang masih perlukan Robin Hood diadaptasikan untuk kali ke-20?

Bincangkan.

#RobinHood #Featurette #Adaptation #PullingBackTheHood #BuzzPopTV

(Sumber: @robinhoodmovie)

0 Shares:
You May Also Like