MCU Bolot 10 Anugerah Saturn Awards!

“Excelsior!”

— Stan Lee, Marvel Comics.

Tahniah diucapkan kepada MARVEL STUDIOS kerana berjaya memenangi 10 kategori di Anugerah Saturn Awards yang ke-45 pada hujung minggu lepas. Kemenangan ini adalah yang terbesar untuk mana-mana pihak yang bertanding tahun ini.

Marvel Studios Pemenang Terbesar

Senarai anugerah yang dimenangi Marvel Studios pada Anugerah Saturn Awards 2019.

Bagi pembaca yang tidak arif, Anugerah Saturn Awards adalah upacara tahunan yang menyambut kecemerlangan di dalam genre Sci Fi, Fantasi dan Seram bagi industri perfileman dan televisyen di Hollywood.

Selain daripada Marvel Studios, dua pemenang besar di Anugerah Saturn Awards yang ke-45 tahun ini adalah siri televisyen GAME OF THRONES dan STAR TREK: DISCOVERY!

Pemenang-pemenang besar di Anugerah Saturn Awards yang ke-45 tahun ini.

GAME OF THRONES Raja Fantasi

GAME OF THRONES dicalonkan untuk 9 kategori dan berjaya merangkul 4 anugerah bergenre Fantasi – Best Fantasy TV Series bagi musim terakhirnya, Best Actress untuk Emilia Clarke, Best Supporting Actor untuk Peter Dinklage dan Best Performance by a Younger Actor untuk Maisie Williams.

Anugerah Saturn Awards

STAR TREK: DISCOVERY Ratu Sci Fi

STAR TREK: DISCOVERY pula berjaya mengalahkan pesaing-pesaing hebat di dalam genre Sci Fi seperti ‘The Expanse’  dan ‘Good Omens’ untuk memenangi 3 anugerah – Best Streaming Science Fiction, Action & Fantasy Series bagi musim keduanya, Best Actress untuk Sonequa Martin-Green dan Best Supporting Actor untuk Doug Jones.

#Komen2KupangKu

2019 menandakan satu perubahan besar bagi dunia ‘pop culture’ dengan berakhirnya kebanyakkan francais-francais gergasi seperti – siri televisyen GAME OF THRONES dan BIG BANG THEORY, dunia X-MEN dibawah jajahan Fox, saga Skywalker untuk STAR WARS serta INFINITY SAGA bagi Marvel Studios.

Dengan Peperangan Pelantar Penstriman bakal bermula pada tahun 2020 nanti, dekad baru ini menjanjikan lebih banyak hiburan berbentuk genre Sci Fi, Fantasi dan Seram untuk penonton awam.

Semoga era kejayaan ini berterusan untuk Marvel Studios dan Fasa Keempat MCU (2020-2023) nanti!

(Sumber: @MarvelCinematicUniverse)

2 Shares:
You May Also Like