Ketika mempromosikan filem ALITA: BATTLE ANGEL di sesi Collider Q&A tempoh hari, penerbit Jon Landau mendedahkan maklumat baru tentang produksi sekuel-sekuel filem AVATAR arahan legenda James Cameron. Setakat ini, sesi penggambaran untuk filem AVATAR 2 dan AVATAR 3 sudah dilengkapkan.

Beberapa babak ‘motion capture’ untuk filem AVATAR 4 juga sudah difilemkan. Menurut Landau, babak-babak aksi-hidup untuk AVATAR 4 dan AVATAR 5 akan disambung pada musim bunga ini di New Zealand.

Sesi penggambaran babak aksi-hidup AVATAR 4 dan 5 kemungkinannya akan bertempat di Stone Street Studios, Wellington – lokasi utama untuk kebanyakan produksi yang difilemkan di New Zealand – berdekatan dengan Weta Workshop yang akan terlibat dengan elemen CGI dalam sekuel-sekuel ini.

Filem AVATAR 2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 18 Disember 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik Pandora di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like