Imej-imej terbaru yang dirakamkan daripada set penggambaran BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN) hari ini memaparkan pelakon Australia, Margot Robbie di dalam kostum ketiga ketika memainkan watak Harleen Quinzel a.k.a. Harley Quinn! Nampaknya filem ‘superhero heist’ ini bakal menonjolkan Harley Quinn memakai pelbagai jenis kostum daripada satu babak kepada babak yang lain – dan bukan kostum tradisional yang biasa dipakainya di halaman komik sahaja.

#Komen5KupangKu – Pada pendapat penulis, pilihan ini oleh pengarah Cathy Yan amat menginspirasikan kerana ia membuatkan watak Harley menjadi lebih realistik dan lebih logik. Sebagai seorang wanita moden yang sudah bebas daripada anasir Mr. J, semestinya Harley mahu menonjolkan semangat individualitinya melalui pelbagai gaya kostum menurut evolusi perasaannya.

Filem BIRDS OF PREY (AND THE FANTABULOUS EMANCIPATION OF ONE HARLEY QUINN) bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Februari 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang DCEU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like