“Welcome to the family, cuz!” @tatianamaslany #SheHulk

— Mark Ruffalo, Pelakon, TWITTER, (2020).

TERKINI: Pelakon Tatiana Maslany (Orphan Black, Perry Mason) disahkan bakal menyertai MCU PHASE 4 sebagai watak Jennifer Walters a.k.a. She Hulk, bintang utama siri TV Disney+ SHE HULK!

Sejarah 40-Tahun Watak SHE HULK Di Marvel Comics

  • #1 SECRET ORIGINS – She Hulk adalah seorang peguam bernama Jennifer Walters, saudara kepada Bruce Banner yang mewarisi kuasa The Hulk – selepas terlibat di dalam kemalangan jalan raya yang tragik dan menerima pemindahan darah kecemasan daripada Banner. Namun, apabila Jennifer berubah menjadi SHE HULK dia mengekalkan personaliti, kepintaran serta boleh mengawal emosinya.
She-Hulk Secret Origins - The Savage She Hulk #1
SHE HULK Secret Origins – The Savage She Hulk #1 (1980)

Persoalan utamanya adalah sama ada secret origins daripada halaman Marvel Comics ini bakal diadaptasikan bulat-bulat di dalam siri TV Disney+ nanti? Adakah ini bermakna pelakon Mark Ruffalo akan membuatkan penampilan kameo sebagai Bruce Banner nanti?

  • #2 TEAM PLAYER – Untuk pembaca yang tidak arif, Jennifer Walters membuat penampilan pertamanya di Marvel Comics di dalam isu The Savage She-Hulk #1 (1980) nukilan penulis tersohor Stan Lee dan artis legenda John Buscema. Dalam sejarah 40 tahunnya di Marvel Comics, watak ini merupakan seorang ‘team player’ – dengan keahlian di dalam AVENGERS (Avengers #221) pada tahun 1982 dan menyertai FANTASTIC FOUR (Fantastic Four #265) pada tahun 1984. Selain daripada itu, Jennifer juga mempunyai keahlian di dalam kumpulan adiwira lain di Marvel Comics seperti Heroes for Hire, A-Force, Future Foundation, S.H.I.E.L.D., Lady Liberators serta Fearsome Four!
She Hulk Team Affiliations Marvel Comics
Kesemua Kumpulan Yang Disertai Jennifer Walters!
Avengers, Fantastic Four, Heroes for Hire, A-Force, Future Foundation,
S.H.I.E.L.D., Defenders, Lady Liberators, Fearsome Four

Di dalam siri komik Avengers yang terkini (2018-2020) oleh penulis tersohor Jason Aaron (Thor, Wolverine, X-Men: Schism), Jennifer Walters di dalam sebuah hubungan romantik dengan Thor the God of Thunder.

  • #3 META HUMOR – Pada tahun 1989, penulis dan pelukis tersohor John Byrne mencipta komik The Sensational She-Hulk #1, mengubah tona Jennifer Walters menjadi watak Marvel Comics pertama untuk ‘break the fourth wall’ dan mempunyai kesedaran bahawa dia wujud di dalam sebuah siri komik (bertahun-tahun sebelum DEADPOOL)!
Sensational_She-Hulk_Vol_1_1

Byrne juga berjaya menyulamkan watak ini dengan elemen komedi di dalam story arcs siri komik 1980-an ini – membezakan Jennifer Walters daripada saudaranya Bruce Banner – yang lebih ganas dan penuh dengan aksi. Karier Walters sebagai peguam memainkan peranan penting di dalam evolusi watak ini, di mana dia menjadi pakar di dalam kes undang-undang sivil yang melibatkan adiwira!

Tenaga Kreatif SIRI TV Live-Action SHE HULK Di Disney+

  • #4 MULTI-TALENTED – Pelakon TATIANA MASLANY mula menempah namanya di persada Hollywood apabila dia membintangi siri TV Sci Fi BBC America yang popular Orphan Black – di mana dia melakonkan 11 watak klon dengan identiti mereka yang tersendiri daripada tahun 2013 ke 2017.
Tatiana Maslany Orphan Black characters
Hanya 5 daripada 11 watak yang dilakonkan Tatiana Maslany di dalam Orphan Black!
  • #5 EMMY AWARD WINNER – Hasil melakonkan 11 watak yang rumit dan unik setiap satu, Tatiana Maslany dicalonkan untuk tiga anugerah Emmys dan satu anugerah Golden Globe daripada 2013-2017 – yang akhirnya berjaya menghasilkan kemenangan anugerah ‘Emmy For Best Actress In A Drama Series’ pada tahun 2016!
Mark Ruffalo congratulates Tatiana Maslany
Banner congratulates Walters!

Walaupun kriteria utama yang ditetapkan oleh Marvel Studios ketika fasa ‘Casting Call’ untuk pelakon utama siri TV Disney+ ini adalah pelakon yang mirip bagaikan ‘Alison Brie-type’, namun pemilihan Tatiana Maslany sebagai tunggak utama projek ini adalah satu pilihan yang bernas sekali.

  • #6 VETERAN DIRECTOR – Pengarah siri TV komedi KAT COIRO (It’s Always Sunny in Philadelphia, Brooklyn 99, Modern Family) yang juga akan merangkap peranan penerbit eksekutif untuk projek ini – bakal mengarah episod pertama serta beberapa episod lain di dalam musim pertama siri TV Disney+ ini.
Kat Coiro
Pengarah TV veteran – Kat Coiro

Pengalaman Coiro mengarah siri-siri TV komedi yang popular di dalam tempoh 10 tahun yang lepas, akan menolongnya memastikan siri Disney+ ini akan seimbang dari segi lawak meta ‘breaking the fourth wall’ ala Deadpool dengan babak-babak aksi adiwira MCU yang dinamik.

  • #7 COMEDIC WRITER – Showrunner, penerbit eksekutif dan penulis utama bagi siri TV Disney+ SHE HULK pula adalah JESSICA GAO yang telah mengasah bakatnya di siri TV komedi popular seperti Robot Chicken pada tahun 2012, Silicon Valley pada tahun 2014 dan Rick and Morty pada tahun 2017.
Jessica-Gao
Penulis komedi TV tersohor- Jessica Gao

Hasil pengalaman Gao menulis siri TV komedi selama bertahun-tahun, dia akhirnya berjaya memenangi anugerah Primetime Emmy for Outstanding Animated Program di acara 2018 Primetime Creative Arts Emmy Awards untuk episod ‘Pickle Rick’ (S03E03) bagi siri TV animasi Rick and Morty!

#Komen5KupangKu – Memandangkan Coiro dan Gao merupakan veteran mempunyai pengalaman bekerja di dalam pelbagai siri TV komedi di Hollywood, serta Maslany memang terkenal dengan memainkan pelbagai watak yang unik – nampaknya siri TV Disney+ ini bakal menjadi sebuah siri MCU PHASE 4 yang amat komedik penuh dengan lawak-lawak meta!

Harapan aku, elemen komedi yang mula-mula diterokai oleh John Byrne di halaman Marvel Comics pada era 1980-an dahulu akan diadaptasikan ke kaca TV cara bulat-bulat nanti… membezakannya daripada siri TV MCU PHASE 4 yang lain seperti The Falcon and the Winter Soldier, Ms. Marvel, Loki, Hawkeye, Moon Knight, What If…? dan WandaVision…

Poster & Sinopsis SHE HULK

Poster oleh Artis Digital Tempatan:
Mono Design (FB)/ @_mono.design (IG) / @_mono_design_ (Twitter)
Poster oleh Artis Digital Tempatan:
Mono Design (FB)/ @_mono.design (IG) / @_mono_design_ (Twitter)

Also known as Jennifer Walters, SHE HULK is a lawyer, and cousin of Bruce Banner, whose emergency blood transfusion from Bruce empowers her with Hulk-like abilities!

Sinopsis Siri TV Disney+ SHE HULK

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik MCU PHASE 4 di:

Apakah pendapat anda tentang berita pelakon Tatiana Maslany bakal memainkan watak SHE HULK di dalam MCU PHASE 4 di Disney+ nanti?

Bincangkan.

(Sumber: @Variety| http://bit.ly/35HWDY5)

#SheHulk #MCUPhase4 #MarvelStudios

0 Shares:
You May Also Like