Eksklusif – Duo Penulis DOCTOR WHO Dan SHERLOCK Bakal Menulis Siri Tv DRACULA!

Duo penulis berbakat, Mark Gatiss (The League Of Gentleman) dan Steven Moffat (Coupling) yang dua-dua merupakan unsur utama untuk kejayaan siri tv SHERLOCK dan DOCTOR WHO (The Eleventh Doctor) di saluran BBC; akan memulakan produksi bagi siri tv terbaru mereka – DRACULA – di kota London pada bulan Januari 2019.

Di dalam wawancara bersama Radio Times pada bulan Januari 2018, Gatiss menyangkal pelbagai teori tentang projek DRACULA mereka serta mengesahkan bahawa siri tv SHERLOCK tidak akan mempunyai musim baru untuk sementara waktu.

Saluran BBC akan menerbit dan mengedarkan siri tv DRACULA untuk seluruh dunia nanti pada lewat 2019/awal 2020.

#Dracula #MarkGatiss #StevenMoffat #BBC #BuzzPopTV

(Sumber: @DiscussingFilm)

0 Shares:
You May Also Like