Semua Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Siri TV Prekuel GAME OF THRONES Di HBO!

Berkerjasama dengan pencipta asal George R.R. Martin, penulis tersohor Jane Goldman ( Stardust, Kick-Ass, Kingsman 1 dan 2, X-Men: First Class ) akan mengelolakan projek prekuel GAME OF THRONES – daripada episod pilotnya kepada seluruh musim pertama.

Sebagai satu daripada lima penulis terpilih yang ditugaskan oleh HBO untuk mengadaptasikan siri tv GOT terbaru, Goldman berbakat menulis cerita kembara-aksi yang penuh dengan watak-watak menarik dan menawan.

#SoalanCepumas – Jadi peristiwa-peristiwa apakah yang mungkin dihuraikan oleh sebuah siri tv prekuel berkaitan dengan zaman silam GAME OF THRONES ?

 

Sinopsis:
Taking place thousands of years before the events of GAME OF THRONES, the prequel series chronicles the world’s descent from the golden Age of Heroes into its darkest hour.

And only one thing is for sure: From the horrifying secrets of Westeros’ history to the true origin of the white walkers, the mysteries of the East, to the Starks of legend… it’s not the story we think we know.

Amat jelas sekali daripada sinopsis ini bahawa siri tv prekuel ini akan memfokuskan kepada zaman kegemilangan the First Men dan akhirnya zaman tersebut – kerana perang besar mereka dengan the Children of the Forest untuk menjajah keseluruhan Westeros.

(1)
Bagaimana the Children of the Forest mencipta White Walkers yang membawa malapetaka bernama ‘The Long Night’ kepada keseluruhan Westeros – serta pembinaan The Wall oleh Bran ‘The Builder’ Stark untuk membanteras White Walkers daripada terus menerus menganiayai penduduk Westeros.

(2)
Misteri sebelah Timur yang berkaitan dengan kerajaan kepulauan Valyria – asal usul susur galur House Targaryen – dan kejatuhannya empayarnya didalam suatu malapetaka yang hanya dikenali sebagai ‘The Doom of Valyria’.

(3)
Kenaikkan setiap rumah keluarga tersohor di Westeros – Stark, Lannister, Greyjoy, Martell dan lain-lain berdasarkan pengasas setiap rumah yang berjaya mengubah sejarah di Westeros berdasarkan kelicikkan dan keberanian masing-masing di medan pertempuran ataupun politik.

Siri tv prekuel GAME OF THRONES bakal menemui anda di saluran HBO seawal-awal tahun 2020 atau 2021 nanti.

#GameOfThrones #Prequel #TVseries #HBO #BuzzPopTV

(Sumber: Pelbagai)

 

0 Shares:
You May Also Like