Didalam sebuah wawancara eksklusif dengan Entertainment Weekly, penerbit Marvel Studio Kevin Feige berkongsi cerita tentang kali terakhir dia menziarahi Stan Lee.

Walaupun dalam keadaan uzur ketika itu, Lee masih sempat berlawak jenaka dengan penuh karisma tentang peranannya didalam filem-filem MCU untuk masa hadapan.

Menurut Feige, Lee bernostalgia tentang zaman kegemilangan Marvel Comicsnya lebih daripada biasa ketika pertemuan itu – bagaikan Lee sudah tahu yang ajalnya semakin hampir.

Stan Lee – berumur 95 tahun – menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 November 2018.

EXCELSIOR!

#StanLee #TheMan #LastMeeting #KevinFeige #BuzzPopTV

(Sumber: @EW)

0 Shares:
You May Also Like