Michelle Yeoh Mungkin Membintangi Siri Tv STAR TREK Tersendiri!

Menurut Deadline.com, pelakon Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh kini dalam perbincangan dengan pihak CBS dan Paramount Pictures untuk membintangi siri tv STAR TREK terbaru – yang akan memaparkan wataknya daripada musim pertama siri tv STAR TREK: DISCOVERYEmperor Philippa Georgiou, pemerintah teragung Empayar Terran.

Jika perbincangan ini berjaya dimeterai, Yeoh bukan sahaja pulang memainkan watak Georgiou untuk musim kedua STAR TREK: DISCOVERY tahun hadapan, namun akan mendalami watak pemerintah Empayar Terran dalam siri tvnya tersendiri.

Penting untuk diingati bahawa Yeoh kini hanya pada tahap perbincangan dengan CBS dan projek ini masih belum diluluskan mahupun memasuki status produksi lagi.

#StarTrek #SpinOff #TVseries #TerranEmpire #EmperorPhilippaGeorgiou #BuzzPopTV

(Sumber: @Deadline)

0 Shares:
You May Also Like