STAR WARS ANIME Suntingan Peminat Tegar Ini Epik Tahap Gaban!

STAR WARS Anime (Scoundrel Media)

“All I am surrounded by is fear… and dead men!”

— Darth Vader, STAR WARS ANIME, (2020).

Siri animasi 1-minit yang popular di YouTube Kids STAR WARS: GALAXY OF ADVENTURES telah disunting semula oleh peminat tegar STAR WARS, Scoundrel Media menjadi sebuah anime Jepun yang sememangnya epik tahap gaban!

  • Motivasi disebalik suntingan semula ini menurut pihak Scoundrel Media: “The Galaxy of Adventures animation team went all in for these 50-sec STAR WARS kids videos. The animation style begs the question, What if we had a whole (STAR WARS) show in this anime inspired feel?
  • Video CHAPTER 1: ONLY HOPE di atas hanyalah episod pertama daripada empat episod yang dipelan oleh Scoundrel Media untuk musim pertama projek ini.
  • Walaupun episod ini hanya sependek 7-minit, namun ia dipenuhi elemen-elemen klasik anime Jepun – daripada babak pembukaan epik yang menonjolkan Darth Vader menghancurkan pihak pertahanan Rebels, kepada lagu intro yang penuh bertenaga serta iklan Jepun di tengah-tengah episod yang mengjengkelkan, dan lagu outro yang panjang berjela-jela.

#Komen5KupangKu – Walaupun pendek, namun aku kagum menaonton suntingan semula oleh peminat tegar STAR WARS ini. Tak tahan rasanya nak layan episod-episod yang seterusnya!

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik francais STAR WARS, syarikat Lucasfilm serta Disney di:

Apakah pendapat anda tentang STAR WARS ANIME yang disunting semula Scoundrel Media?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like