#TriviaTV – Barisan Pelakon STARGIRL Bincangkan Musim Kedua Di #NYCC2020

Stargirl Season 1 banner poster

“Over half a million Americans die from cancer every year, Barbara, every year! Now what if I told you it would take a half a million lives right now, but I could cure cancer forever. What would you do?”

— Icicle, STARGIRL Finale, (2020).

Sempena New York Comic-Con (#NYCC2020) hujung minggu lepas, ikuti panel bersama barisan pelakon siri TV DC Comics STARGIRL di mana mereka membincangkan insiden-insiden yang mereka paling gemari disebalik tabir musim pertama serta rahsia-rahsia daripada musim kedua!

  • PANEL STARGIRL #NYCC2020 – Penulis komik tersohor/penerbit eksekutif Geoff Johns bersembang dengan barisan pelakon siri TV DC Comics STARGIRL yang terdiri daripada – bintang utama Brec Bassinger (Stargirl), Yvette Monreal (Wildcat), Anjelika Washington (Doctor Midnite), Cameron Gellman (Hourman), dan Meg DeLacy (Shiv).
Panel STARGIRL Dari #NYCC2020
  • PREVIU STARGIRL MUSIM KEDUA – Selain daripada itu, Geoff Johns juga cuba menjawab beberapa soalan daripada peminat tegar STARGIRL tentang apa yang boleh diharapkan di dalam musim keduanya nanti:
    • Adakah adiwira JSA yang lain bakal timbul di dalam musim kedua STARGIRL?
    • Apakah peranan watak Sylvester Pemberton a.k.a. STARMAN yang asal?
    • Adakah Solomon Grundy bakal kembali dalam musim kedua STARGIRL?
    • Siapakah supervillain The Shade dan apakah peranannya nanti?
    • Siapakah supervillain Eclipso dan apakah peranannya nanti?
  • Musim pertama siri TV DC Comics STARGIRL kini boleh dimiliki dalam bentuk Digital, Blu-Ray, DVD, dan juga distrimkan melalui aplikasi The CW.

#Komen5KupangKu – Pada aku, siri TV DC Comics STARGIRL merupakan satu-satunya siri TV adiwira terbaik yang terbit tahun ini. Ia menyegarkan dan sempoi kerana ia tidak seperti siri TV Arroverse/The CW-verse yang lain mahupun filem-filem DCEU yang terlebih serius dan kelam – penuh dengan elemen ‘grim & gritty’!

Stargirl Behind the Scenes
Ahli-Ahli Terbaru Kumpulan JSA (2020)

Pemilihan barisan pelakon utama Brec Bassinger serta ahli-ahli baru Justice Society of America (JSA) memang secocok – mengandingkan personaliti setiap watak millennial dengan warisan adiwira-adiwira komik retro daripada zaman 1940-an.

Harapan aku sebagai peminat tegar komik STARGIRL nukilan Geoff Johns sejak tahun 1999 lagi adalah: kita bakal disajikan dengan penampilan kameo oleh ahli-ahli JSA yang otai seperti THE FLASH (versi Jay Garrick) dan GREEN LANTERN (versi Alan Scott) di dalam musim kedua siri TV DC Comics STARGIRL nanti!

Poster & Sinopsis Siri TV STARGIRL

Stargirl poster 2
Poster Musim Pertama STARGIRL

STARGIRL is the story of Courtney Whitmore (Brec Bassinger) who is a smart, athletic and above all else kind girl. This high school teenager’s seemingly perfect life hits a major speedbump when her mother gets married, and her new family moves from Los Angeles, California to Blue Valley, Nebraska.

Struggling to adapt to a new school, make new friends and deal with a new step-family, Courtney discovers her step-father has a secret; he used to be the sidekick to a superhero. “Borrowing” the long-lost hero’s cosmic staff, Courtney becomes the unlikely inspiration for an entirely new generation of superheroes!

Sinopsis Musim Pertama Siri TV DC Comics STARGIRL

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan topik STARGIRL serta saluran The CW di:

Apakah harapan anda untuk musim kedua siri TV STARGIRL yang bakal distrimkan melalui HBO Max mulai tahun 2021 nanti?

Bincangkan.

1 Shares:
You May Also Like