Pandang Pertama THE INJUSTICE SOCIETY OF AMERICA Daripada Siri TV Terbaru Arrowverse STARGIRL

Pandang Pertama THE INJUSTICE SOCIETY Daripada Siri TV DC/CW STARGIRL

“Ten years ago, Starman and the JUSTICE SOCIETY OF AMERICA died saving the world. The Flash, Doctor Fate… they couldn’t defeat THE INJUSTICE SOCIETY!”

— Pat Dugan, STARGIRL, (2020).

Siri TV adiwira STARGIRL bakal menyertai barisan adiwira ARROWVERSE di saluran The CW dan hari ini kami di BuzzPopTV mengupas pandang pertama pasukan penjahat yang akan menjadi sekutunya pada musim pertama – THE INJUSTICE SOCIETY OF AMERICA!

  • THE FALL OF JSA? – Memandangkan THE INJUSTICE SOCIETY telah berjaya menumpaskan THE JUSTICE SOCIETY OF AMERICA (JSA) yang mempunyai ahli-ahli berkuasa seperti THE FLASH dan GREEN LANTERN, nampaknya mereka akan memberi ancaman besar kepada STARGIRL di dalam musim pertamanya.
  • VILLANS – Klip diatas menonjolkan setiap ahli THE INJUSTICE SOCIETY beraksi:
    • Brainwave (Christopher James Baker) dengan kuasa mindanya,
    • pejuang tangkas Tigress (Joy Osmanski),
    • Wizard (Joe Knezevich) dengan kuasa mistiknya,
    • zombi yang menggerunkan Solomon Grundy,
    • Icicle (Neil Jackson) dengan kuasa suhu aisnya,
    • saintis terkutuk Dragon King (Nelson Lee)
    • dan kuasa atletik Sportsmaster (Neil Hopkins).
  • STRIPESY – Nasib baik untuk watak Courtney Whitmore/Stargirl, dia mempunyai mentor di dalam bentuk ayah tirinya, Pat Dugan (lakonan Luke Wilson) – yang pernah menjadi sidekick kepada adiwira Starman daripada JSA, dan mengetahui betapa berkuasanya THE INJUSTICE SOCIETY!
  • KAMEO THE FLASH DAN GREEN LANTERN? – Pencipta komik dan penerbit eksekutif STARGIRL, Geoff Johns bercerita tentang dua pengasas JSA yang legenda: “They’re the big heroes of the JSA and their shadow is very long and they’re great characters. The Flash and Green Lantern are a part of the original JSA and their legacies will be felt throughout the show. I don’t want to spoil too much about it, but I can leave it at that…”
  • A NEW GENERATION OF JUSTICE – Musim pertama siri TV adiwira STARGIRL akan menonjolkan pengembaraan Courtney Whitmore dengan pertolongan ayah tirinya, Pat Dugan – belajar menguasai Cosmic Staff kepunyaan Starman dan menjadi inspirasi kepada sebuah generasi adiwira baru!

#Komen5KupangKu – Apabila Courtney ‘meminjam’ the Cosmic Staff (yang pada asalnya merupakan senjata utama adiwira Starman daripada JSA), antagonis The Injustice Society kembali untuk cuba merampas dan menguasai senjata legenda ini. Dapatkah Courtney Whitmore/Stargirl berserta Pat Dugan/S.T.R.I.P.E. menangkas anasir The Injustice Society dan menyelamatkan dunia kembali?

Poster Dan Sinopsis STARGIRL

Poster siri TV STARGIRL daripada saluran The CW dan pelantar penstriman DC Universe.

STARGIRL will follow the story of Courtney Whitmore (Brec Bassinger) who is a smart, athletic and above all else kind girl. This high school teenager’s seemingly perfect life hits a major speedbump when her mother gets married, and her new family moves from Los Angeles, California to Blue Valley, Nebraska.

Struggling to adapt to a new school, make new friends and deal with a new step-family, Courtney discovers her step-father has a secret; he used to be the sidekick to a superhero. “Borrowing” the long-lost hero’s cosmic staff, Courtney becomes the unlikely inspiration for an entirely new generation of superheroes!

Sinopsis Siri STARGIRL

Siri TV adiwira terbaru Arrowverse, STARGIRL bakal disiarkan di pelantar penstriman DC UNIVERSE mulai 18 Mei 2020 dan saluran The CW mulai 19 Mei 2020.

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan adiwir-adiwira DC Comics di saluran The CW di:

Apakah harapan anda untuk siri TV terbaru Arrowverse di saluran The CW, STARGIRL?

Bincangkan.

3 Shares:
You May Also Like