Reaksi Netizen Kepada Pengumuman Taika Waititi Bakal Mengarah Filem STAR WARS

Taika Waititi STAR WARS

“I’d be fired within a week…”

— Reaksi TAIKA WAITITI Sekiranya Dijadikan Pengarah Filem STAR WARS, (2017).

Sempena sambutan STAR WARS DAY semalam (#MayThe4th), laman StarWars.com memberi kejutan besar kepada peminat tegar francais filem STAR WARS sedunia, dengan pengumuman bahawa pemenang anugerah Oscars, Taika Waititi (JOJO RABBIT, THOR: RAGNAROK) bakal berkerjasama dengan penulis Krysty Wilson-Cairns (1917, Edgar Wright’s LAST NIGHT IN SOHO) untuk mengarah sebuah filem STAR WARS yang baru!

Pengumuman Rasmi STAR WARS DAY 2020
  • REAKSI TENAGA KREATIF – Sejurus selepas pengumumanasmi ini pengarah Taika Waititi, penulis Krysty Wilson-Cairns serta penyelia produksi Leslye Headland mentularkan reaksi mereka di laman Twitter.
  • REAKSI HOLLYWOOD – Maklum balas positif timbul daripada segelintir pengkarya di Hollywood, terutamanya penulis siri TV Netflix LOCKE & KEY, Joe Hill; pelakon komedi Josh Gad (FROZEN, BEAUTY AND THE BEAST); dan pengarah STAR WARS: EPISODE VIII THE LAST JEDI, Rian Johnson.
  • REAKSI PEMINAT TEGAR STAR WARS – Kebanyakannya positif dan penuh dengan keceriaan!
  • REAKSI THE FANDOM MENACE – Namun, ada segelintir peminat STAR WARS yang masih berjaga-jaga dengan pengumuman rasmi ini…
  • TWEET IRONIK – Apa yang menjadikan pengumuman rasmi ini agak kelakar/ironik adalah apabila Taika telah ditanya sama ada dia berminat untuk mengarah filem STAR WARS suatu hari nanti pada tahun 2017… dan Taika Waititi menjawab sambil berjenaka bahawa dia mungkin dibuang kerja dalam jangka masa seminggu sahaja oleh Kathleen Kennedy! 😅

#Komen5KupangKu – Pada pendapat aku, Taika bakal membawa sebuah perspektif baru kepada francais filem STAR WARS yang kini agak lesu dari segi tenaga kreatif – selepas sentuhan pengarah Rian Johnson dan J.J. Abrams!

Moga-moga Kathleen Kennedy tidak akan membendung kreativiti Taika, bagaimana pengarah Chris Miller dan Phil Lord dipecat daripada projek SOLO: A STAR WARS STORY secara mengejut kerana krisis kreativiti disebalik tabir…

#SoalanCepumas

Sekiranya anda telah menikmati artikel ini, layari artikel-artikel kami yang lain berkaitan dengan saga STAR WARS di:

Apakah pendapat anda tentang pengumuman rasmi bahawa sutradara komedik Taika Waititi bakal mengarah filem STAR WARS nanti?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like