Duffer Bros Menandatangani Kontrak Eksklusif Bersama Netflix!

Banner STRANGER THINGS 4

“We’re NOT in Hawkins anymore…”

— Teaser, STRANGER THINGS, Season 4.

Pencipta siri televisyen STRANGER THINGS serta penyelia produksi Matt dan Ross Duffer, yang lebih dikenali sebagai The Duffer Brothers, telah secara rasminya menandatangani perjanjian kontrak pelbagai tahun dengan Netflix untuk mencipta lebih banyak siri televisyen dan filem di pelantar penstriman tersebut.

Treler Acah STRANGER THINGS Musim Keempat

Sejurus dengan pengumuman ini, treler acah bagi musim keempat siri televisyen Stranger Things telah pun ditularkan oleh pihak Netflix:

STRANGER THINGS – Treler Acah Musim Ke-4

"We're not in Hawkins anymore…" 😲#StrangerThings#Season4

Posted by BuzzPOP on Monday, September 30, 2019

“We are absolutely thrilled to continue our relationship with Netflix.

Ted Sarandos, Cindy Holland, Brian Wright, and Matt Thunell took a huge chance on us and our show — and forever changed our lives. From our first pitch meeting to the release of Stranger Things 3, the entire team at Netflix has been nothing short of sensational, providing us with the kind of support, guidance, and creative freedom we always dreamed about.

We can’t wait to tell many more stories together — beginning, of course, with a return trip to Hawkins!”

— The Duffer Brothers, STRANGER THINGS, Season 4.

Asal-Usul The Duffer Brothers

Untuk pembaca yang kurang arif, siri televisyen Stranger Things merupakan sebuah homage kepada genre-genre filem yang popular pada zaman 1980-an seperti seram, sci-fi dan fantasi. Sejak musim pertamanya terbit pada musim panas 2016, siri televisyen ini telah memenangi pelbagai anugerah – termasuk 30 pencalonan anugerah Emmy serta 6 anugerah Emmy yang dimenangi.

The Duffer Brothers, pencipta siri televisyen yang popular STRANGER THINGS!

The Duffer Brothers yang menulis, mengarah dan menyeliakan produksi siri televisyen Stranger Things sepenuhnya – sebelum ini berkecimpung di dalam siri televisyen Fox yang berjudul Wayward Pines, disamping menulis dan mengarah filem seram pasca apokaliptik yang berjudul Hidden untuk Warner Bros.

“The Duffer Brothers have captivated viewers around the world with Stranger Things and we’re thrilled to expand our relationship with them to bring their vivid imaginations to other film and series projects our members will love. We can’t wait to see what The Duffer Brothers have in store when they step outside the world of The Upside Down.”

— Ted Sarandos, chief content officer, Netflix .

Persediaan Perang Penstriman

Pengumuman adik-beradik kembar ini adalah kontrak terbaru yang dimeterai di antara Netflix dengan pencipta-pencipta kreatif di Hollywood kebelakangan ini – untuk menyediakan pelantar penstriman ini bagi Perang Penstriman (Streaming Wars) yang bakal melanda daripada tahun 2020 kehadapan!

Streaming Wars 2020

The Duffer Brothers menyertai barisan pencipta kreatif di Netflix yang termasuk pengarah Wonder Woman Patty Jenkins, penyelia produksi dan penulis Game of Thrones David Benioff dan D.B. Weiss, serta pencipta prolifik Ryan Murphy dan Shonda Rhimes.

#SoalanCepumas

Dengan pengumuman bahawa siri televisyen STRANGER THINGS bakal kembali dan pelan The Duffer Brothers untuk menerokai dunia The Upside Down di luar sempadan bandar Hawkins, apakah yang anda harapkan untuk musim keempat nanti?

Bincangkan.

5 Shares:
You May Also Like