#SUPERBOWL2019 – Top 8 Treler Wajib Tonton Daripada SUPER BOWL LIII Tahun Ini!

Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton treler-treler yang ditularkan pada SUPER BOWL LIII tahun ini!

1. Turkish Airlines #THEJOURNEY


Treler terbaik daripada SUPER BOWL LIII tahun ini adalah sebuah filem pendek arahan sutradara legenda, Ridley Scott untuk syarikat Turkish Airlines yang berjudul #THEJOURNEY ! Setelah lama bersara daripada industri filem, Ridley pulang untuk memfilemkan iklan bagi negara Turkey dan syarikat penerbangan kebangsaannya – dengan tema iras-iras bagaikan sebuah filem James Bond yang penuh misteri, lokasi-lokasi yang indah dan aksi mengintip antarabangsa!

2. GAME OF THRONES

Tahun ini, HBO menggunakan strategi berlainan daripada acara-acara Super Bowl yang lepas – mengambil kesempatan untuk berkolaborasi bersama jenama Bud Light untuk mengiklankan kedatangan musim terakhirnya.

Tona TV spot ini lebih bersahaja dan lawak pada mulanya, sebelum bertukar menjadi ganas dan gelap bagaikan treler acah pertama untuk musim terakhir siri TV GAME OF THRONES ! Kehadiran The Mountain dan naga kepunyaan Danaerys memang dialu-alukan untuk mengubat rindu – semakin dekat kita hampir kepada musim terakhir siri TV yang disayangi ramai ini.

Siri TV GAME OF THRONES bakal ditsiarkan melalui pelantar penstriman HBO mulai 14 April 2019.

3. TWILIGHT ZONE

Sekiranya anda peminat tegar siri TV BLACK MIRROR daripada pelantar penstriman Netflix, maka siri TV reboot TWILIGHT ZONE kelolaan penulis-pengarah-pelakon berbakat Jordan Peele (GET OUT, US) ini semestinya wajib tonton untuk anda nanti!

Untuk pembaca yang tidak arif, ‘reboot’ siri TV klasik ini berdasarkan siri TV asal daripada tahun 1958 oleh penulis legenda, Rod Serling yang menggunakan elemen sci fi dan seram untuk mengetengahkan idea-idea sosial yang berat seperti isu perkauman, komunisme dan peranan korporasi di dalam masyarakat. Siri TV THE TWILIGHT ZONE bakal disiarkan melalui pelantar penstriman CBS All Access mulai 1 April 2019.

4. US

Nampaknya TV spot US yang terbaru daripada penulis-pengarah berbakat Jordan Peele kali ini daripada perspektif watak isteri yang dimainkan oleh pelakon Lupita Nyong’o, sedangkan treler pertama yang terbit pada bulan Disember lepas memfokuskan kepada watak suami yang dimainkan oleh pelakon Winston Duke.

Filem US bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 14 Mac 2019.

5. Fast & Furious Presents: HOBBS AND SHAW


Nampaknya tahun ini, Universal Pictures menggunakan strategi berlainan daripada acara-acara Super Bowl yang lepas – mengambil kesempatan pelakon The Rock yang mempunyai laman media sosial yang gergasi untuk mentularkan treler penuh HOBBS AND SHAW pada 1 Februari 2019 – dan iklan Super Bowl tahun ini sekadar rumusan treler tersebut dalam kepanjangan hanya 60 saat.

Filem FAST & FURIOUS PRESENTS: HOBBS AND SHAW bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Ogos 2019.

6. AVENGERS: ENDGAME

TV spot 30 saat ini memaparkan dunia yang sepi selepas peristiwa ‘The Snap’ oleh Thanos di penghujung AVENGERS: INFINITY WAR, serta para Avengers yang masih wujud berganding bahu mungkin untuk mebanteras anasir Thanos? Nampak juga kelibat Tony Stark dan Nebula mungkin sedang mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka terdampar di tengah-tengah angkasa?

Menarik untuk disedari bahawa TV spot yang pendek ini membawa lebih banyak persoalan daripada menjawab soalan-soalan yang terbit daripada treler pertamanya. Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 April 2019.

7. CAPTAIN MARVEL

Nampaknya TV spot CAPTAIN MARVEL untuk Super Bowl 2019 teramatlah pendek dan menonjolkan lebih banyak aksi yang lebih kurang sama seperti TV spot yang ditularkan 3 hari lepas. Pada pendapat penulis, saya lebih minat dengan klip filem pertama CAPTAIN MARVEL yang ditiriskan di rancangan ELLEN minggu lepas – kerana aksinya lebih kinetik dan mengujakan!

Filem CAPTAIN MARVEL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019.

8. TOY STORY 4

Nampaknya TV spot TOY STORY 4 tahun ini menyambungkan tema daripada treler acah dan video reaksi treler acah yang ditularkan pada bulan November tahun lepas – memfokuskan lebih kepada watak baru seperti Ducky (Keegan-Michael Key) dan Bunny (Jordan Peele) dan bukannya watak-watak kesayangan ramai daripada filem TOY STORY sebelum ini.

Filem TOY STORY 4 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun 2019.

Rumusan

Lengkap sudah kompilasi Top 8 treler wajib tonton daripada SUPER BOWL LIII tahun ini! Pada pendapat kami di BuzzPopTV, pilihan treler-treler Super Bowl tahun ini kurang gah dan tidak memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas yang penuh dengan misteri, drama dan aksi-aksi hebat.

Kehilangan treler bagi filem-filem seperti JOHN WICK 3, STAR WARS: EPISODE IX, LION KING, ALADDIN, DUMBO, SPIDER-MAN: FAR FROM HOME, SHAZAM!, GODZILLA: KING OF THE MONSTERS, X-MEN: DARK PHOENIX, HELLBOY, MEN IN BLACK INTERNATIONAL dan lain lain agak mengejutkan.

Adakah harga US$5 juta untuk slot pengiklanan hanya 30 saat di menyebabkan studio-studio Hollywood mula menjauhkan diri daripada mengiklankan filem-filem terhebat mereka untuk tahun tersebut di Super Bowl?

Bincangkan.

0 Shares:
You May Also Like