Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton TV spot SUPER BOWL LIII untuk filem AVENGERS: ENDGAME sekarang!

“Some people move on…but not us. Not us!”

TV spot 30 saat ini memaparkan dunia yang sepi selepas peristiwa ‘The Snap’ oleh Thanos di penghujung AVENGERS: INFINITY WAR, serta para Avengers yang masih wujud berganding bahu mungkin untuk mebanteras anasir Thanos? Nampak juga kelibat Tony Stark dan Nebula mungkin sedang mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka terdampar di tengah-tengah angkasa?

Menarik untuk disedari bahawa TV spot yang pendek ini membawa lebih banyak persoalan daripada menjawab soalan-soalan yang terbit daripada treler pertamanya.

“Part of the journey…is the end.”

Filem AVENGERS: ENDGAME bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 April 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like