#SUPERBOWL2019 – TV Spot CAPTAIN MARVEL!

Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton treler SUPER BOWL LIII untuk filem CAPTAIN MARVEL sekarang!

“Higher, Further, Faster, More!”

Nampaknya TV spot CAPTAIN MARVEL untuk Super Bowl 2019 teramatlah pendek dan menonjolkan lebih banyak aksi yang lebih kurang sama seperti TV spot yang ditularkan 3 hari lepas.

Pandang Pertama: Watak Monica Rambeau a.k.a. adiwira Photon di masa hadapan MCU!

Pada pendapat penulis, saya lebih minat dengan klip filem pertama CAPTAIN MARVEL yang ditiriskan di rancangan ELLEN minggu lepas – kerana aksinya lebih kinetik dan mengujakan!

Official CAPTAIN MARVEL Film Clip

Filem CAPTAIN MARVEL bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mac 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like