#SUPERBOWL2019 – TV Spot TOY STORY 4!

Setahun sekali acara SUPER BOWL terbit di kaca TV di Amerika Syarikat, perjumpaan dua juara daripada divisi yang berlainan – American Football Conference (AFC) dan National Football Conference (NFC) – bertemu bagi menentukan juara terunggul National Football League (NFL) untuk musim ini!

Kerana acara ini adalah waktu paling banyak penonton di dalam kalendar siaran TV di Amerika Syarikat setiap tahun, maka studio Hollywood dan syarikat korporat mengambil kesempatan ini untuk mengiklankan produk dan treler terbaru bagi filem-filem yang bakal ditayangkan pada tahun tersebut – walaupun harga pengiklanan adalah sebanyak US$5 juta untuk setiap 30 saat.

Jom tonton TV spot SUPER BOWL LIII untuk filem TOY STORY 4 sekarang!

Nampaknya TV spot TOY STORY 4 tahun ini menyambungkan tema daripada treler acah dan video reaksi treler acah yang ditularkan pada bulan November tahun lepas – memfokuskan lebih kepada watak baru seperti Ducky (Keegan-Michael Key) dan Bunny (Jordan Peele) dan bukannya watak-watak kesayangan ramai daripada filem TOY STORY sebelum ini.

Filem TOY STORY 4 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun 2019. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang dunia sinematik TOY STORY di www.buzzpop.tv!

0 Shares:
You May Also Like
Read More

#POPTrivia – Kameo ANNABELLE Dalam Filem AQUAMAN!

#SoalanCepumas - Adakah ini bermaksud bahawa DC Extended Universe dan The Conjuring Cinematic Universe sebenarnya berkait? Bagaimanakah patung Annabelle keluar daripada kotak berkuncinya? Siapakah yang membuang Annabelle ke dasar laut? Adakah Ed Warren sebenarnya Putera Raja Orm? Adakah syaitan yang menginapi patung Annabelle akan berleluasa di Atlantis nanti?