“You and I remember Budapest very differently…” Hawkeye to Black Widow, THE AVENGERS (2012)

Semalam di San Diego Comic-Con (SDCC) 2019, Kevin Feige dan Marvel Studios mengegarkan Hall H dengan pengumuman 11 projek terbarunya – 6 filem untuk semesta sinematik Marvel Cinematic Universe (MCU) dan 5 siri televisyen untuk pelantar penstriman Disney+ yang ditermakan sebagai Fasa Keempat MCU.

Satu daripada projek yang diumumkan di pentas Hall H semalam adalah filem BLACK WIDOW yang mempamerkan barisan pelakonnya serta menayangkan secebis klip eksklusif khusus untuk peminat-peminat tegar MCU yang terkumpul.

Barisan pelakon BLACK WIDOW di pentas Hall H, San Diego Comic-Con 2019

Namun kelibat pelakon yang akan memainkan watak musuh utama di dalam filem ini, mahupun babak yang menonjolkannya beraksi tidak langsung ditiriskan semalam! Sebaliknya hanya gambar-gambar kabur daripada set penggambaran produksi di dalam tempoh selama sebulan yang lepas wujud setakat ini…

Antagonis Utama : Taskmaster!

Pagi ini Pengarah Pembangunan Visual untuk Marvel Studios, Andy Park mentiriskan illustrasi ‘keyframe’ yang menonjolkan musuh utama filem BLACK WIDOW dengan jelas melalui laman Twitternya.

Memperkenalkan: TASKMASTER versi MCU!

Illustrasi Keyframe yang ditiriskan oleh Andy Park

Poster dengan seni konsep ini akan diedarkan kepada pengunjung gerai Marvel Comics pada hari terakhir di SDCC 2019 – seperti poster Thanos bertemakan AVENGERS: ENDGAME yang diedarkan untuk pengunjung di SDCC tahun lepas.

Jika dibandingkan dengan gambar-gambar daripada set penggambaran BLACK WIDOW bulan lepas, sememangnya rekacipta sut Taskmaster yang digunakan produksi secocok dengan illustrasi ‘keyframe’ nukilan Andy Park di atas.

Adaptasi yang dilakukan oleh Andy daripada halaman komik Marvel kepada versi lakon layar ini, lebih realistik dan berfungsi untuk seorang askar upahan yang pakar di dalam perdebatan dan seni mempertahankan diri.

Watak TASKMASTER versi MArvel Comics

Ucapkan selamat tinggal kepada kain ‘cape’ berjela-jela panjang yang mungkin nampak lebih dramatik di dalam versi komik, namun agak susah untuk direalisasikan oleh para pelakon dan ‘stuntmen’ di set penggambaran!

Untuk pembaca yang kurang arif, pelajari tentang antagonis utama Taskmaster dengan lebih lanjut, serta 4 lagi fakta menarik tentang filem BLACK WIDOW dengan mengklik di sini.

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang adaptasi realistik Taskmaster untuk filem BLACK WIDOW? Adakah anda impikan versi Marvel Comics yang masih memakai kain ‘cape’ berjela-jela panjang? Atau adakah versi MCU ini lebih secocok untuk beraksi?

Bincangkan.

Filem BLACK WIDOW bakal ditayangkan di pawagam sedunia mulai 1 Mei 2020. Teruskan mengikuti liputan berita terbaru tentang BLACK WIDOW serta semesta sinematik MCU di www.buzzpop.tv!

#BlackWidow #Taskmaster #FirstLook #MCUPhase4 #MarvelStudios #SDCC50 #BuzzPopTV

(Sumber: @andyparkart)

2 Shares:
You May Also Like