Tentang BuzzPOP!

Sumber Berita Geek Anda: Komik, TV, Filem!

Kami peminat tegar ‘Pop Culture’ sejak tahun 1990an lagi yang bersatu-padu (Team Up!) untuk menawarkan konteks yang sahih dan benar tentang dunia hiburan filem dan televisyen yang berlandaskan adiwira-adiwira komik melalui konten kami.

Selain daripada itu, kami juga hantu dunia fantasi dan kaki sains fiksyen. Jadi sekiranya anda mempunyai apa jua persoalan tentang komik, tv atau filem…

”Who You Gonna Call?”


Founder, BuzzPop.TV

Sebagai seorang peminat tegar komik sejak berumur 11 tahun lagi, isu komik pertama yang mula-mula membakar semangat Nik adalah – The Uncanny X-Men isu #275 (April 1991) – dengan ‘double gatefold cover’ lukisan Jim Lee! Sejak itu, dia terjerumus terus ke dalam kancah dunia fandom dengan mendalam…. dari dunia komik superhero ’80-’90an kepada novel-novel fantasi ’50an dan siri tv sci fi ’60-’70an. Kini 30 tahun kemudian, Nik berkongsi minatnya terhadap dunia komik, tv dan filem dengan warga BuzzPOP setiap hari!


Penulis, Buzzpop.tv

Pernah berkhidmat sebagai jurnalis, penulis skrip dan iklan untuk beberapa buah entiti media terkemuka sepanjang lebih 12 tahun lalu, kini beliau berkarya sepenuh masa sebagai blogger dan vlogger upahan. Komik adalah fakultinya. Filem adalah obsesinya. Bolasepak adalah santapannya. Dedikasi beliau di kala ini adalah pada media sosial dan fokus pada klien-klien yang berbayar sahaja.