Selepas pelantikan pengarah indie Chloe Zhao (‘Songs My Brothers Taught Me’, ‘The Rider’) dan penerbit berbakat Nate Moore (‘Black Panther’, ‘Captain America: Winter Soldier’, ‘Captain America: Civil War’) untuk filem MCU fasa ke-4, THE ETERNALS dua bulan lepas – proses pra-produksi untuk dunia kosmik Marvel ini sudah bermula dengan sesi ‘casting’ yang kini diterajui oleh pengarah ‘casting’ legenda, Sarah Finn yang berperanan mencari pelakon bagi filem-filem MCU seperti ‘The Avengers’ dan ‘Iron Man’.

10 watak-watak penting yang kini memerlukan pelakon berbakat untuk menjiwainya adalah lapan anggota THE ETERNALSSersi, Ikaris, Makkari, Elysisus, Piper, Thena, Zuras dan Gilgamesh; antagonis utama bernama Druig; serta adik Thanos yang bernama Eros a.k.a. Starfox!

Nampaknya, filem ini bakal menonjolkan asal usul dunia kosmik Marvel dengan menyelami sejarah ‘The Celestials’ yang mula-mula mencipta ‘The Eternals’ serta ‘The Deviants’, dan planet Titan – planet asal antagonis utama filem AVENGERS: INFINITY WAR – Thanos.

Filem THE ETERNALS bakal memulakan sesi penggambarannya pada lewat bulan September 2019 di kota London nanti.

#TheEternals #MCU #Phase4 #MarvelStudios #BuzzPopTV

(Sumber: ThatHashtagShow.com)

0 Shares:
You May Also Like