“Wherever you go, I’ll be standing right behind you.”

— Adrian Griffin, THE INVISIBLE MAN, (2020).

Filem THE INVISIBLE MAN oleh penulis-pengarah Leigh Whannell sememangnya kritikan bernas tentang hubungan toksik zaman moden yang disulamkan dengan kisah Sci Fi legenda nukilan novelis H.G. Wells daripada tahun 1897.

Namun adaptasi terbaru ini tidak mungkin berjaya tanpa lakonan Elisabeth Moss (MAD MEN, THE HANDMAID’S TALE) yang amat hebat dan betul-betul menyakinkan!

Pelajari tentang penjiwaan Moss yang berlakon seorang diri (dalam kebanyakan babak) untuk menghidupkan watak Cecilia Kass – di dalam klip di bawah yang menerokai disebalik tabir THE INVISIBLE MAN.

Filem THE INVISIBLE MAN ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 Mac 2020 dan kini ditawarkan melalui Video-On-Demand di Amerika Syarikat.

Terima kasih kepada pihak UIP Malaysia di atas ehsan mereka untuk mengkongsikan klip ini bersama warga BuzzPopTV sekalian!

#TheInvisibleManMY #ExclusiveClip #UIPMalaysia #LeighWhannellsVision #BuzzPopTV

1 Shares:
You May Also Like