#TriviaFilem – Disebalik Tabir THE 355 Filem Aksi Penuh Dengan Bintang Wanita Hollywood

The 355 banner poster

“I would need some help…”

— Jessica Chastain a.k.a.Mace, THE 355, (2021).

Siapakah ahli-ahli kumpulan perisikan elit THE 355? Apakah misi sulit mereka? Siapakah antagonis misteri yang mereka bakal tumpaskan? Selami disebalik tabir filem aksi ini yang dipenuhi dengan bintang-bintang wanita terbaru di Hollywood masa kini!

  • FRANCAIS AKSI WANITA TERBARU? – Minggu lepas, peminat tegar filem aksi Hollywood di seluruh dunia digemparkan dengan trailer rasmi pertama filem THE 355 yang telah diperlihatkan oleh Universal Studios. Filem yang diterbitkan oleh pelakon Jessica Chastain (Molly’s Game, The Martian) ini telah ditulis oleh pengarah Simon Kinberg (Mr. and Mrs. Smith, X-Men: Days of Future Past) yang berkerjasama dengan penulis TV veteran, Theresa Rebeck (Smash, L.A. Law).
Trailer Rasmi Pertama Filem THE 355
  • PANEL THE 355 #NYCC2020 – Ikuti panel Entertainment Weekly’s Women Who Kick Ass di New York Comic-Con (#NYCC2020) minggu lepas, di mana bintang Hollywood Jessica Chastain, pemenang Oscar Lupita Nyong’o (12 Years A Slave, Black Panther), bintang Jerman Diane Kruger (Inglourious Bastards, National Treasure), serta bintang China Fan Bingbing (X-Men: Days of Future Past, Iron Man 3) membincangkan tentang pengalaman disebalik tabir sesi penggambaran filem THE 355.
  • RAHSIA THE 355 – Selami sejarah asal disebalik nama kod ‘355’ daripada dunia perisikan, koreografi aksi yang dialami barisan pelakon filem ini, serta pengalaman mereka berkerjasama dengan barisan pelakon wanita di dalam genre filem aksi! Diikuti dengan soalan daripada peminat tegar THE 355… 😉

#Komen5KupangKu – Selepas filem reboot CHARLIE’S ANGELS (2019) yang agak hambar tahun lepas… aku berharap moga-moga francais THE 355 ini berjaya di pasaran box office sedunia tahun depan – walaupun telah ia ditulis dan diarah oleh Simon Kinberg, penghancur francais X-MEN di 20th Century Fox dengan filem X-MEN: APOCALYPSE dan X-MEN: DARK PHOENIX!

Poster & Sinopsis Filem THE 355

The 355 poster
Poster Filem The 355

“When a top-secret weapon falls into mercenary hands, a wild card CIA agent joins forces with three international agents on a lethal mission to retrieve it, while staying a step ahead of a mysterious woman who’s tracking their every move!”

Sinopsis Filem THE 355

#SoalanCepumas

Filem aksi THE 355 bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 15 Januari 2021. Apakah harapan anda untuk francais filem aksi THE 355 yang dipenuhi bintang-bintang wanita terhebat daripada Hollywood masa kini?

Bincangkan.

2 Shares:
You May Also Like