THE BATMAN – Nasihat Bale Kepada Pattinson!

Nasihat Christian Bale kepada Robert Pattinson

“You don’t feel much like a superhero when you can’t take a piss by yourself…”

— Christian Bale, Pelakon, THE DARK KNIGHT.

#TIFF2019: Ketika diwawancara di Festival Filem Antarabangsa Toronto (TIFF) baru-baru ini, pelakon Christian Bale ditanya sama ada dia mempunyai apa-apa nasihat untuk pelakon Robert Pattinson yang bakal menyarung topeng THE BATMAN tahun depan.

Daripada THE DARK KNIGHT Kepada THE BATMAN

Bale yang kini berada di TIFF2019 untuk mempromosikan filem terbarunya FORD VS FERRARI teruja dengan pemilihan Pattinson sebagai pelakon terbaru yang akan memainkan peranan sebagai penyelamat Gotham City yang seterusnya.

Bale memberi nasihat yang sama kepada Pattinson, seperti yang diberinya kepada pelakon Ben Affleck apabila dia mula-mula mengambil alih watak Batman untuk filem BATMAN VS SUPERMAN!

Ikuti nasihat Bale yang sepenuhnya dalam video di bawah:

Sesungguhnya kata-kata bernas oleh Bale ini mungkin menolong Pattinson di masa hadapan apabila sesi penggambaran THE BATMAN bermula nanti!

Pendapat Stewart Tentang Pattinson Sebagai THE BATMAN

Sementara itu, pelakon Kristen Stewart yang juga berada di TIFF 2019 untuk mempromosikan filem terbarunya, SEBERG ditanya tentang pendapatnya berkaitan pemilihan Pattinson sebagai THE BATMAN.

Ikuti reaksi Stewart dalam video dibawah:

Untuk pembaca yang tidak arif, pelakon Kristen Stewart dan Robert Pattinson yang berlakon bersama di dalam francais filem TWILIGHT pernah diura-urakan mempunyai hubungan intim sebelum mereka berpisah tanpa sebab yang diketahui khalayak umum.

Battinson Borak Batman

Pelakon Robert Pattinson (yang dinobatkan oleh peminat tegar Batman sebagai ‘Battinson’) juga diwawancara oleh majalah Variety.com baru-baru ini, untuk membincangkan tentang filem THE BATMAN serta hala tuju adaptasi oleh penulis-pengarah Matt Reeves (trilogi PLANET OF THE APES).

Battinson Borak BATMAN!

#BuzzPOP! // Battinson Borak BATMAN!Pelakon Robert Pattinson yang diwawancara oleh majalah Variety.com baru-baru ini, membincangkan tentang pemilihannya untuk menyarung topeng THE BATMAN serta hala tuju adaptasi oleh penulis-pengarah Matt Reeves (trilogi PLANET OF THE APES)! 🦇 #SoalanCepumas – Kami faham pemilihan Battinson amat kontroversial di kalangan peminat BATMAN. Namun dengan pengalamannya berlakon filem indie selepas francais TWILIGHT berakhir, serta peluang menerajui filem Christopher Nolan yang terbaru – TENET sebagai pelakon utama… Adakah pendapat anda tentang Battinson bertukar?Bincangkan. #TheBatman #RobertPattinson #MattReeves #Reboot #WarnerBros #BuzzPopTV(Sumber: @Variety)

Posted by BuzzPOP on Wednesday, September 4, 2019

Produksi THE BATMAN Bermula Tahun 2020

Menurut sumber daripada GWW, sesi penggambaran bagi filem THE BATMAN bakal bermula pada 13 Januari 2020 di London, England. Cukup waktu bagi Pattinson menghabiskan penggambaran untuk filem blokbuster terbaru daripada sutradara Christopher Nolan – yang berkisarkan dunia pengintipan berkaitan dengan pengembaraan masa – TENET.

Poster Robertn Pattinson sebagai THE BATMAN oleh artis digital @Bosslogic
(Sumber: @Bosslogic)

“THE BATMAN will center around a younger Bruce Wayne featuring a Rogues’ Gallery of villains which includes Catwoman and The Penguin. Despite focusing on the Dark Knight’s detective skills to a greater extent than previous DC Films, it will not be directly based on Frank Miller’s acclaimed Batman: Year One comic. It is expected to be the first chapter in a new movie trilogy with Robert Pattinson as Batman.”

Sinopsis THE BATMAN

THE BATMAN yang dibintangi oleh Robert Pattinson bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Jun 2021.

#SoalanCepumas

Apakah pendapat anda tentang pemilihan pelakon Robert Pattinson sebagai pewaris watak Bruce Wayne untuk filem THE BATMAN arahan sutradara Matt Reeves nanti?

Bincangkan.

#TheBatman #RobertPattinson #MattReeves #WarnerBros #DCEU #BuzzPopTV

(Sumber: @Variety)

20 Shares:
You May Also Like